seismik

"Muka Macam Sajat, Suara Macam Pak Nil" - Jejaka Ini Cuba Tiru Gaya Datuk Aznil Nawawi

Kalau pejam mata memang ingat Pak Nil tadi.

Cover image via @nurkhalaf (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Memiliki wajah seiras dengan selebriti popular sudah menjadi perkara biasa

Tetapi, jarang kita dengar suara seseorang sama dengan artis betul tak? Tambahan pula jika artis tersebut merupakan seorang yang memang dikenali satu negara.

Seperti video yang tular baru-baru ini, seorang lelaki menjadi perhatian warga TikTok gara-gara wajahnya seiras Sajat dan suaranya pula sama seperti pengacara legend iaitu Datuk Aznil Haji Nawawi.

Lihat video penuh itu di bawah:

Cuba tiru gaya Pak Nil mengacarakan rancangan Tom Tom Bak dan buat suara Professor Klon

Menerusi video yang dimuat naik oleh @nurkhalaf, kelihatan jejaka itu membalas komen daripada salah seorang followersnya di TikTok.

Menurut komen tersebut, pengikutnya berkata muka jejaka itu seperti Sajat dan suaranya pula seperti Pak Nil.

Dia membalas dengan cuba meniru gaya Pak Nil menjadi pengacara rancangan kanak-kanak iaitu Tom Tom Bak. Malah, dia juga berlakon menjadi Professor Klon dalam cerita Cicakman.

"Weh, Pak Nil junior ke ni? Sebijik! Tolong ambil dia berlakon" - Warganet

Susulan tularnya video itu yang kini telah meraih 611.9K views, 49.7K likes dan 1.8K shares di TikTok, rata-rata warganet turut bersetuju bahawa suaranya sama seperti Pak Nil.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Kalau berduet dengan Pak Nil ni mesti ramai confuse tak tahu mana satu dia mana satu Pak Nil yang sebenar :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: