seismik

Lagi Video Isteri Prank Jadi Hantu, Suami Baru Buka Lampu Terus Lari Ini Curi Tumpuan

Kalini memang seram ya isteri dia.

Cover image via @queeeeeeeeeeensumai___ (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Setiap suami isteri pasti ada cara yang tersendiri untuk bergurau senda bukan?

Ada yang bergurau kasar dan ada juga yang suka mengenakan pasangan dengan membuat prank sebagai hiburan dalam rumah tangga.

Namun, berbeza dengan wanita ini apabila dia melakukan prank dengan menjadi hantu untuk menakutkan suaminya telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Saja nak main-main, tak sangka pula suami takut sampai cabut lari

Menerusi video yang dimuat naik oleh @queeeeeeeeeeensumai___, kelihatan dia yang memakai telekung dan bersolek seperti hantu pocong itu sedang menunggu suaminya balik.

Apa yang menghiburkan adalah sebaik saja suaminya membuka lampu bilik mereka dan mendapati ada kelibat berwarna putih, dia pantas menutup pintu dan berlari kerana takut.

Tindakannya itu membuatkan si isteri terus tergelak dan membuka pintu untuk memanggil suaminya kembali.

Lihat video sambungan itu di bawah:

@queeeeeeeeeeensumai___

Replying to @Kiela hahaha ginila reaksi dia siap takmau peluk akuu, sorry ada part kena cut sbb umi tengah tidur pon bangun dengaq dia terkejut, pastu join in camera

original sound - rahsiakitekite - rahsiakitekite

"Pastu bayangkan, tengah gelak-gelak tiba-tiba laki dia call cakap kena overtime kerja malam ni" - Netizen

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 685K tontonan, 54.6K tanda suka serta 795 perkongsian di laman TikTok.

Rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi suaminya dan ada juga yang berasa seram melihat wanita itu berpakaian seperti hantu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Kesian suami kau kak, tak pasal-pasal dia ingat hantu betul :D

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: