seismik

"Menangis Cium Baby" - Reaksi Budak Lelaki Dapat Adik Baru Ini Buat Ramai Tersentuh

Abang yang penyayang ni, comel je.

Cover image via @haziqdsubhi (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, kebanyakan anak sulung gembira bila mendapat tahu mereka akan menerima kehadiran adik baru dalam keluarga

Iyalah, kalau selama ini hanya seorang diri saja, tidak lama lagi akan ada peneman dan kawan untuk bermain.

Namun, lain pula yang terjadi dalam sebuah video ini apabila seorang budak lelaki menangis selepas melihat adiknya baru lahir buat pertama kali telah menyentuh hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@haziqdsubhi

My eldest son, upon 1st time seeing his lovely newborn sister. All 101 inquiries are now answered #adikbaru #adikberadik #newborn #newbornbaby #newbornbabies #siblings #anakmak #livelife

Buah Hati - Armada

Sebak first time jumpa adik, siap peluk cium

Menerusi video yang dimuat naik oleh @haziqdsubhi, kelihatan budak lelaki itu sedang melihat adiknya yang baru lahir buat kali pertama.

Apa yang menyentuh hati ramai adalah apabila dia dilihat tiba-tiba menangis sambil memegang muka adiknya itu.

Selepas itu, dia memeluk ayahnya pula. Rupa-rupanya, dia berasa sebak kerana setelah empat tahun, akhirnya dia mendapat adik dan seolah-olah masih tidak mempercayainya.

"Lembut hati si abang ni, saya pun gugur air mata" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mencecah 1.9M views, 208.2K likes dan 6K shares di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut sebak melihat reaksi spontan budak lelaki itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Alahai, sweet je abang cium adik macam tu. So lovely! <3

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: