seismik

Siap Berzumba & Bawa Teropong, Gelagat Dua Individu Pergi Mengundi Ini Curi Tumpuan Ramai

Bosan beratur lama sangat ke tu?

Cover image via @aznie_afiza (TikTok) & @fidaramli (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15) sudah pun berlangsung pada Sabtu lepas, 19 November 2022

Pelbagai gelagat lucu rakyat Malaysia dapat dilihat di media sosial. Ramai juga yang pertama kali keluar mengundi.

Namun, tular pula sebuah video di TikTok ini mengenai gelagat dua orang individu yang berzumba dan membawa teropong semasa PRU15 telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Siap pakai headphone, semangat berzumba dalam barisan

Menerusi video yang dimuat naik oleh @aznie_afiza, kelihatan wanita itu sedang mendengar lagu di headphone sambil berzumba seorang diri di barisan salurannya.

Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila dia dilihat tidak mengendahkan orang sekeliling yang memandangnya menari sebegitu.

Dalam pada itu, seorang lagi lelaki dilihat membawa teropong dan sedang khusyuk melihat suasana di pusat mengundi tersebut. Ramai yang berseloroh mengatakan bahawa dia sedang melihat anak bulan.

"Biasa pagi sabtu pergi zumba, harini kelas tutup terpaksa berzumba kat situ hahaha. Bang tolong teropong tengok esok cuti ke tak" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 1.4M dan 524.5K views, 46K dan 38.8K likes serta 5.8K dan 2.4K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat mereka berdua.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Macam-macam ya gelagat orang kita ni, tak pernah tak lawak! :D

Follow SAYS Seismik dan dapatkan berita serta liputan politik tanah air terkini di sini sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: