seismik

"Pangkah Ya, Bukan Buat Karangan" - Aksi Pemuda Duduk Kerusi Nak Undi Buat Ramai Terhibur

Dia ingat jawab exam kot.

Cover image via @mrfahlavi7_ (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Umum ketahui, hari mengundi baru saja diadakan pada hari Sabtu yang lepas

Banyak perkara dan situasi yang terjadi semasa mengundi di pusat pengundian masing-masing. Iyalah, ramai juga yang merupakan pengundi pertama dan tidak berpengalaman. 

Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila salah seorang pemuda bercerita kisah lucunya semasa mengundi telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Selamba tarik kerusi nak duduk masa pangkah calon parti

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang pemuda sedang berkongsi pengalaman pertamanya semasa mengundi.

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia selamba mengambil kerusi untuk duduk semasa nak pangkah calon parti. Lebih melucukan lagi apabila pegawai SPR menegur dan memerlinya. 

"Pangkah saja ya, bukan buat karangan", kata pegawai SPR. 

Dia kemudian memberikan kerusi itu kepada kakaknya untuk dia duduk siap bertanya kerana keliru takut salah pangkah namun dimarahi juga dengan pegawai. 

"Dilarang berinteraksi ya", tegur pegawai SPR.

Lihat video sambungan itu di bawah:

"Another level kau ni bang, nasib tak bancuh kopi sekali" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 2.8M tontonan, 286K tanda suka dan 3K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur mendengar kisah lucunya. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Buat hal lah masing-masing, maklumlah first time kan, kekok sikit :P

Follow SAYS Seismik dan dapatkan berita serta liputan politik tanah air terkini di sini sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: