"Kuatnya" - Isteri Masuk Hospital, Ramai Sebak Pengantin Lelaki Terpaksa Sanding Seorang
Allahu, tak sangka.
Pasangan pengantin mana yang tidak berasa teruja apabila hari majlis persandingan semakin dekat
Iyalah, pelbagai persiapan telah dibuat untuk hari bahagia tersebut. Namun, banyak juga cabaran yang perlu dilalui.
Sama seperti video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila salah seorang pengantin berkongsi kisah sedihnya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Pengantin perempuan tak dapat bersanding sebab masuk wad
Menerusi video berkenaan, kelihatan situasi menunjukkan majlis persandingan pasangan pengantin sedang berlangsung.
Apa yang lebih mengejutkan ramai adalah apabila pengantin lelaki dilihat bersanding seorang diri tanpa pengantin perempuan. Dipercayai, pengantin perempuan dimasukkan ke dalam wad hospital.
Perkara itu membuatkan ramai sebak kerana pengantin lelaki terpaksa menyempurnakan majlis seorang diri.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Kalau kena kat saya memang menangis ni. Tak apa, tuhan uji hambanya sebab dia sayang hambanya, dia nak bagi yang baik-baik untuk hambanya." - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 438K tontonan, 23K tanda suka dan 100 komen di TikTok, rata-rata netizen turut sebak.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!