Mak Ayah Suruh Buat Loan Untuk Majlis Kahwin, Pasangan Dedah Seksa Hidup Bayar Hutang
Buat loan sebab nak jemput ramai.
Kebiasaannya, pasangan pengantin akan menghabiskan duit untuk majlis perkahwinan mereka
Banyak juga yang perlu dibelanjakan selain makanan, ada juga pelamin, baju dan dewan yang perlu disewa untuk hari bahagia tersebut. Namun, pasangan pengantin disarankan untuk membelanjakan wang mengikut kemampuan supaya tidak terbeban.
Baru-baru ini, tular sebuah posting di Twitter yang memaparkan luahan hati pasangan pengantin tentang majlis perkahwinan mereka telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Mak bapak paksa buat loan untuk jemput lebih ramai tetamu
Menerusi video berkenaan, kelihatan pasangan pengantin meluahkan perasaan mereka tentang deritanya melalui akaun @ConfessTweetMY di Twitter.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila ibu ayah pasangan itu memaksa anak-anak untuk membuat personal loan untuk melangsungkan majlis kahwin. Alasannya adalah untuk menjemput lebih ramai tetamu kerana mempunyai rakan dan saudara ramai.
Kini, pasangan pengantin itu terpaksa untuk menanggung derita hutang. Setiap malam mereka terpaksa bekerja lebih masa untuk melangsaikan hutang itu.
"Itu lah masalahnya, mak ayah yang beria. Padahal kecik-kecik pun dah okay, tapi mak jugak besar" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 5K retweets, 1K quote tweets, 7K likes di Twitter, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!