Kantoi Curang Siap Check-In, Suami Tenang Bila Isteri Serang Ini Buat Ramai Berang
Kes ini berlaku di negara seberang.
Pasangan suami isteri mana yang tidak mahu hubungan mereka kekal sehingga tua
Namun, memang tidak dinafikan sesuatu hubungan itu akan menghadapi pelbagai cabaran. Setiap pasangan sudah tentu akan mempertahankan hubungan masing-masing.
Namun begitu, baru-baru ini tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang wanita menyerang suami yang curang telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Kantoi curang siap check-in dengan wanita lain
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita pergi ke sebuah bilik untuk mencari suaminya.
Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia mendapati suaminya itu sedang bersama dengan wanita lain. Tingkah laku suaminya yang curang itu membuatkan dia merasa marah.
Lebih menggeramkan lagi adalah apabila suaminya dilihat sangat tenang apabila isterinya itu sedih dan marah. Isterinya itu juga siap berkata suaminya tak pernah membeli susu anak.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Pasal itulah jangan bagi hati kita 100% sama pasangan, bagi 50% saja" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 4M tontonan, 156K tanda suka dan 5K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberi reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!