seismik

"Sepatah Pun Tak Faham" - Borak Bahasa Jepun, Family Mertua Datang Ziarah Ini Curi Tumpuan

Komen netizen tak pernah tak lawak.

Cover image via @farahwaheeda92 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perkahwinan campur antara dua kaum yang berbeza merupakan perkara biasa pada zaman ini

Ramai yang kita lihat sanggup berkahwin dengan kaum lain walaupun budaya dan adat berbeza. Namun, semua itu bukanlah penghalang untuk membina rumah tangga. Rahsianya adalah toleransi dan faham antara satu sama lain. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan sebuah keluarga Melayu menerima kedatangan besannya yang berasal dari negara Jepun telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

@farahwaheeda92

mertua adik dari negara naruto datang

bunyi asal - Farah Waheeda - Farah Waheeda

Rancak berborak dalam bahasa Jepun sambil makan

Menerusi video berkenaan, kelihatan sebuah keluarga sedang menikmati jamuan makan di rumah mereka. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila keluarga besan berbual dengan anak dalam bahasa Jepun. Mereka dilihat sangat berselera makan sambil berborak. 

Namun, seorang wanita yang dipercayai tuan rumah itu dilihat melopong. Apabila ditanya, dia berkata dia tidak faham dengan bahasa Jepun. 

"Sepatah habuk pun tak faham", katanya. Dipercayai anaknya itu berkahwin dengan wanita yang berasal dari negara Jepun. 

Lihat video sambungan itu di bawah: 

@farahwaheeda92

Replying to @hanaraman cara mak communicate dgn besannya

bunyi asal - Farah Waheeda - Farah Waheeda

"Lepas ni kalau diorang datang akak berdiri atas kerusi pastu akak cakap 'shinra tensei'" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.6M tontonan, 111K tanda suka dan 1K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi ibu itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Ni kalau khatam Naruto pun masih tak faham :'D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: