[VIDEO] Bayi Tak Sabar Minta Susu, Siap Marah Dulu Dalam Bahasa Sendiri Ini Undang Tawa
Comel betul!
Memiliki anak kecil sudah tentu akan menghiburkan hati para ibu ayah
Iyalah, mereka memang banyak kerenah dan gelagat yang kadangkala menggeramkan para ibu bapa. Mereka jugalah yang menghidupkan suasana ceria di rumah.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang bayi kecil sempat marah dulu sebelum minta susu telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Marah dalam bahasa yang dia saja faham
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang ibu sedang merakam gelagat anaknya di bilik mereka.
Apa yang lebih menghiburkan adalah apabila bayi itu dilihat sangat marah dan membebel dalam bahasanya yang tiada siapa pun faham. Itu disebabkan ayahnya sengaja mengusik tidak memberikan botol susu kepadanya.
"Saya boleh translate, dia cakap orang lapar ni buat lambat pula gastrik nanti" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 3.6M tontonan, 453K tanda suka dan 4K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat bayi itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!