"Hilang Ingatan Lepas Koma" - Isteri Sabar Tunjuk Bukti Kad Nikah Undang Sebak Ramai
Allahu, kesiannya.
Sebagai umat Islam, kita percaya Allah tak akan uji seseorang kalau hambanya itu tak kuat untuk hadapi
Ujian dan cabaran datang dalam bentuk berbeza kepada setiap manusia. Tak semua orang hadapi ujian yang sama.
Baru-baru ini, tular video di TikTok yang memaparkan seorang wanita sedang merakam suaminya yang hilang ingatan selepas koma 24 hari telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tak kenal sesiapa dalam rumah, isteri sabar tunjuk kad nikah dan gambar keluarga
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang lelaki sedang bertanyakan siapakah wanita di sebelahnya itu. Difahamkan, lelaki itu pernah mengalami koma selama 24 hari, kemudian dia sedar tetapi hilang ingatan.
Puan Zainab yang merupakan isterinya itu mengatakan bahawa puncanya adalah disebabkan jantung suaminya berhenti sejak bulan Mei 2022 yang lepas. Itu yang menyebabkan dia mengalami hilang ingatan.
Apa yang lebih menyedihkan adalah apabila dia sering bertanyakan siapa kepada isterinya itu yang sabar melayani dan menerangkan sambil menunjukkan kad nikah mereka.
Bukan saja tiada memori bersama isterinya, malah kenangan pahit tentang pemergian anaknya pada Januari 2019 juga lesap dari ingatan ayahnya.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Kuatnya awak kak, sabar melayan dan setia kepada suami yang sedang sakit. Syurga buat awak kak" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.8M tontonan, 94K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut bersimpati dengan keadaan suami Puan Zainab itu.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!