seismik

Budak Cuak Rakan Kena Culik Depan Tadika, Cikgu Buat Simulasi Ini Raih Pujian Ramai

Supaya anak-anak lebih cakna.

Cover image via @umi.maisarah94 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kes penculikan di Malaysia kian membimbangkan sejak kebelakangan ini

Bukan saja tanggungjawab ibu bapa untuk mengajar dan menasihati anak-anak supaya tidak mudah terpedaya dengan orang tidak dikenali, malah pihak sekolah juga mempunyai peranan untuk menyedarkan anak-anak. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan tadika di Malaysia melakukan simulasi penculikan untuk kanak-kanak telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Cikgu dress up baju serba hitam dan culik budak di depan pintu

Menerusi video berkenaan, kelihatan rakaman sedang menunjukkan situasi penculikan di sebuah tadika. 

Apa yang lebih menarik perhatian apabila cikgu dilihat memakai baju serba hitam konon penculik datang ke tadika menawarkan belon kepada kanak-kanak. Ada kanak-kanak yang menerima belon itu terus diculik dan diangkat keluar ke tadika. 

Namun, kanak-kanak lain dilihat cemas dan ada yang menjerit ada penculik. Simulasi penculikan yang dilakukan oleh tadika itu meraih pujian ramai kerana memberi pendedahan baru kepada kanak-kanak. 

Lihat video sambungan itu di bawah: 

@umi.maisarah94

Replying to @Putera Aniq part dalam kereta tak rakam sbb tak cukup tangan nak rakam pelakon semua cikgu termasuk saya #fyp #fyp

Horror atmosphere piano & SE. - Kohrogi

"Budak akan takut, ye takut, menangis, meraung tapi biarlah dia takut untuk kebaikan dia. Dia akan belajar berwaspada" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 6M tontonan, 314K tanda suka dan 3K komen di TikTok, rata-rata netizen memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Bagus bagi budak-budak tu pendedahan awal supaya lepas ini mereka takut nak ikut stranger.

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: