"Ini Makannya" - Saja Bergurau Dengan Kucing, Sekali Lain Pula Jadinya Bila Kena Tampar
Amboi meow ni garanglah!
Memiliki kucing sebagai haiwan peliharaan sudah semestinya menjadikan suasana rumah itu lebih ceria
Macam-macam kerenah kita dapat lihat, ada yang suka gomol kucing, ada pula yang takutkan kucing. Memang riuh dalam rumah itu.
Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan seorang budak kecil mengusik kucingnya tetapi lain pula jadinya telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Saja nak sergah kucing, sekali kena tampar
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak kecil sedang bermain dengan kucing di bilik rumahnya.
Apa yang lebih melucukan adalah apabila sebaik saja si kecil itu menyergah kucing, kucing itu dengan selambanya menampar pipi budak itu. Si kecil itu terus kelihataan sedih dan menangis.
Mujur, tiada kecederaan yang dialami oleh budak itu. Situasi berkenaan sempat dirakam oleh ibunya.
Lihat video sambungan itu di bawah:
"Meow: Aku dah lama bersabar dengan engkau. Haa ambik ni" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 707K tontonan, 54K tanda suka dan 300 komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!