seismik

Buat Muka Lawak Masa IG Live Kawan Nikah, Bunyi Member Tahan Gelak Ini Cetus Reaksi Ramai

"Macam tengah sedut ubat spray asma" - Netizen

Cover image via @aidadidadi (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik. 

Majlis nikah merupakan majlis yang melibatkan kedua-dua buah keluarga pasangan pengantin

Ada yang menginginkan majlis itu diadakan dengan tertutup dan hanya tetamu terdekat saja yang diundang. Ada juga yang sukakan majlis yang besar-besaran. Kebiasaannya, momen akad nikah itu akan direkod untuk dijadikan kenangan. 

Baru-baru ini, tular sebuah video di TikTok yang memaparkan tindakan sempoi sekumpulan bridesmaid di majlis nikah rakannya telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah:

Selamba jelir lidah masa tengah IG Live, kawan lain pula tahan gelak

Menerusi video berkenaan, kelihatan majlis akad nikah akan berlangsung tidak lama lagi. Rakan-rakan bridesmaid sedang membuat persiapan untuk merekod upacara itu melalui IG Live.

Namun, apa yang lebih melucukan adalah apabila salah seorang bridesmaid membuat mimik muka yang lucu sambil jelir lidah sambil rakannya itu sedang merakam suasana majlis. Sebaik saja menyedari rakannya sedang live, dia terus terdiam malu.

Semua dilihat terus senyap dan tidak berani mengeluarkan kata-kata. Rakannya yang merakam itu pula dilihat sedang menahan gelak sehinggakan terkeluar bunyi-bunyi yang lawak. 

"Macam bunyi kereta PUBG nak start" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 1.5M tontonan, 179K tanda suka dan 2K komen di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat tindakan bridesmaid itu. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Orang kalau tahan gelak, macam-macam bunyi dik keluar! :P

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik di SAYS Seismik: