“Main Cak-Cak Dalam Wad” - Budak Kecil Tiba-Tiba Sebut Ada Hantu Ini Buat Ibu Meremang
Pandai pula dia sebut hantu.
Budak kecil yang baru lahir sememangnya mudah untuk melihat makhluk ghaib berbanding orang dewasa
Kadangkala, ada yang sampai jadi macam kawan dah sebab gelak tawa bersama padahal si ibu atau ayah tidak dapat melihat pun dengan siapa mereka gelak dan bercakap.
Baru-baru ini, tular sebuah video di Twitter yang memaparkan seorang budak kecil main cak-cak dalam wad telah mencuri tumpuan.
Lihat video penuh itu di bawah:
Main cak-cak dengan hantu hujung bilik
Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang budak kecil sedang berada di dalam wad bersama ibunya.
Apa yang lebih mengejutkan adalah apabila dia dilihat sangat gembira bermain peek a boo sehinggakan ibunya juga turut gelak.
Namun, lebih menyeramkan lagi adalah apabila si kecil itu tiba-tiba sebut ada hantu di hujung bilik yang membuatkan ibunya meremang.
"Jangan takut. Borak-borak sikit dengan dia selalu nampak kawan ghaib tu dekat mana, ada ikut balik rumah ke tak. Then hantar pergi berubat, lepas tu tanya dia balik nanti kawan ghaib dia tu ada lagi ke tak" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 300K likes, 4K retweets, 300 quote tweets dan 8K likes di Twitter, rata-rata netizen memberikan reaksi masing-masing.
Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di Twitter:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita ‘mesti kongsi’ sekarang!