seismik

[VIDEO] Lelaki Baca Gelaran Setiap Perdana Menteri, Gelaran Terakhir Pula Undang Ketawa

Siapa yang edit ni!

Cover image via @helloammar (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Malaysia merupakan sebuah negara yang aman dan berdemokrasi

Sudah tentu kita mempunyai perdana menteri untuk menjadi pemimpin buat negara tercinta ini. Seorang Perdana Menteri juga bertanggungjawab untuk mengetuai barisan Badan Eksekutif, Jemaah Menteri. Secara rasmi dilantik oleh Yang di-Pertuan Agong sebagai selaku Ketua Negara.

Sehingga kini, Malaysia telah mempunyai sembilan Perdana Menteri. Setiap satu daripada mereka mempunyai gelaran 'bapa' mengikut era masing-masing.

Namun, lain pula dengan video yang dikongsikan oleh seorang pengguna TikTok ini apabila gelaran 'bapa' buat Perdana Menteri terkini telah mencuit hati ramai.

Lihat video itu di bawah:

@helloammar

Seriouslah siapa edit ni?!

original sound - ammar

Terhibur bila tengok gelaran bapa yang dijumpai

Menerusi video tersebut, seorang lelaki berkongsi latar belakang dan hasil pencariannya di internet mengenai kesemua Perdana Menteri di Malaysia.

Seperti yang kita tahu, Perdana Menteri Malaysia sekarang adalah Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob. Mungkin ada ramai yang tidak tahu, beliau merupakan bapa kepada seorang penyanyi yang popular suatu ketika dulu iaitu Dafi.

Apa yang lebih mencuri perhatian adalah, lelaki itu menunjukkan gelaran 'bapa' yang disandang Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob iaitu 'bapa kepada Dafi AF'.

Situasi itu membuatkan dia tergelak dan menyeloroh siapalah yang mengeditnya ini.

"Aku ingatkan bapa keluarga Malaysia, adoi jadi lain pula" - Netizen

Dalam pada itu, tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihatnya, malah ada juga yang mencari di internet tetapi tidak jumpa dan sama sepertinya.

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 552.8K views, 39.4K likes dan 582 comments di TikTok.

Berikut di bawah adalah antara komen daripada netizen di TikTok:

Tak sangka pula yang last tu, siapa punya kerja lah ya :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: