seismik

"Pecutan Terakhir" - Wanita Berlari Sebab Tinggal Seminit Nak Mengundi Dapat Sorakan Ramai

Macam hari sukan sekolah dah.

Cover image via @nsyahira24 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum mengetahui, Malaysia telah mengadakan Pilihan Raya Umum (PRU-15) pada hari Sabtu yang lepas

Semua rakyat Malaysia tidak melepaskan peluang untuk menunaikan tanggungjawab masing-masing. Sehinggakan ada yang sanggup berjalan jauh pulang ke kampung untuk mengundi. 

Sama juga dengan video yang tular baru-baru ini di TikTok apabila seorang wanita berlari maraton kerana tinggal seminit pusat mengundi itu tutup telah mencuri tumpuan. 

Lihat video penuh itu di bawah: 

Berlari maraton sebab mengundi last minute

Menerusi video berkenaan, kelihatan seorang wanita sedang berusaha untuk sampai ke pusat mengundi sebelum ia ditutup. 

Apa yang lebih menarik perhatian adalah apabila dia dilihat berlari memecut ke sekolah itu kerana tinggal lagi seminit untuk mengundi iaitu pada pukul 5.59 petang. Lebih melucukan lagi adalah apabila ramai pegawai di situ dilihat bersorak dan menyokong wanita itu. 

Lihat video sambungan itu di bawah: 

@nsyahira24

Replying to @IYLA93penengAcc2⃣ Sound mulut ni yang tam rilex

original sound - Sigigibesi - Sigigibesi

"Dia la penentu yang terakhir undian tau, tanpa akak ni tak naik undian" - Netizen

Susulan tularnya video itu yang kini meraih sehingga 3M tontonan, 273K tanda suka dan 3K komen di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pelbagai reaksi masing-masing. 

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Terima kasih kak, awak memang bertanggungjawab! :D

Follow SAYS Seismik dan dapatkan berita serta liputan politik tanah air terkini di sini sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: