seismik

"Undi Liverpool" - Gelagat Lelaki Bawa Bendera Lain Waktu Hari Mengundi Ini Jadi Perhatian

Bang, salah bendera tu bang.

Cover image via @_.cikwaa (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pada Pilihan Raya Umum Ke-15 baru-baru ini, jika anda perasan akan adanya pondok atau khemah yang berdekatan di tempat mengundi

Pondok ini seolah-olah seperti kubu parti yang dibina oleh para penyokong. Selain itu, pondok ini juga bertujuan bagi menaikkan semangat untuk para pengundi yang hadir.

Namun lain pula dengan sebuah video yang tular di laman sosial TikTok baru-baru ini, apabila sekumpulan lelaki membawa bendera Liverpool ketika sedang berkempen telah meraih perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Selamba tunjuk bendera Liverpool dekat pondok parti

Menerusi video yang dimuat naik oleh @_.cikwa, kelihatan dia menunjukkan gelagat sekumpulan lelaki ketika berada di pondok parti.

Apa yang menarik perhatian ramai adalah apabila dia melihat gelagat sekumpulan lelaki dengan selamba membawa bendera Liverpool. 

Situasi itu rata-rata membuatkan ramai warganet terhibur. Malah, mereka siap bertanya bagaimana untuk memangkah parti bendera itu.

"Kalau boleh pangkah Liverpool, memang aku pangkah dah" -Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih sebanyak 1.5M views, 149.4K likes dan 2,004 comments di TikTok. Rata-rata warganet terhibur dan memberikan pelbagai reaksi masing-masing.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Tak apalah bang, yang penting semangat berkempen!

Image via Tenor

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik