seismik

"Macam Hari Sukan" - Wanita Excited Sepanjang Jalan Penuh Bendera Ini Buat Ramai Tertawa

Lawaklah akak!

Cover image via @thejingproductions (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tanggal 19 November 2022, adalah hari yang dinanti-nantikan oleh seluruh rakyat Malaysia

Apabila tiba saja musim PRU, pasti ada saja kempen-kempen politik berserta bendera dan poster parti akan digantung di semua jalan raya. Momen-momen seperti ini hanya akan dilihat 5 tahun sekali sahaja.

Baru-baru ini, tular sebuah video apabila seorang wanita menunjukkan reaksi teruja melihat bendera parti yang dipasang sepanjang jalan telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Banyak sangat bendera, dah macam hari sukan

Menerusi video berkenaan, kelihatan wanita itu sangat teruja melihat bendera-bendera yang digantung sepanjang jalan.

Bendera-bendera parti politik yang digantung itu kebanyakan berwarna merah dan biru. Apa yang menghiburkan orang ramai adalah apabila dia siap menyebut "melah bilu melah bilu" sepanjang jalan.

Dia juga berkata dalam videonya itu, suasana ini seolah-olah seperti hari sukan sekolah kerana sepanjang jalan berwarna-warni.

"Rumah saya pun banyak bendera. Dah macam pameran haha" - Warganet

Susulan tularnya video berkenaan, kini ia telah meraih sebanyak 1.5M views, 102.2K likes dan 8,281 comments di TikTok. Rata-rata warganet terhibur melihat gelagat wanita itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Amoi, satu Malaysia tau sambut hari sukan ni :P

Follow SAYS Seismik dan dapatkan berita serta liputan politik tanah air terkini di sini sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: