seismik

“No Reasons Not To Vote” - Ini Senarai Promosi Makanan & Minuman Menarik Sempena PRU15

Wow banyaknya, jom food hunt!

Cover image via Secretrecipe (Instagram) & MalaysiaToday

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum sedia maklum, pada 19 November 2022 merupakan tarikh untuk seluruh rakyat Malaysia keluar mengundi

Malah baru-baru ini, Perdana Menteri Malaysia, Ismail Sabri Yaakob, telah mengisytiharkan tarikh cuti umum iaitu pada 18 dan 19 November 2022.

Oleh disebabkan itu, banyak syarikat produk makanan dan minuman juga tidak melepaskan peluang untuk menawarkan pelbagai promosi bagi bertujuan untuk menyeru rakyat Malaysia untuk keluar mengundi.

Jadi, jom kita tengok senarai promosi makanan dan minuman yang menarik ketika hari mengundi!

Image via Giphy

1. Secret Recipe

Waktu beratur ketika menunggu giliran mengundi, pasti anda akan haus bukan? Oleh itu, lepas mengundi anda boleh singgah di Secret Recipe. Mereka menawarkan sebanyak 30% diskaun untuk pembelian mana-mana minuman pada 19 November nanti. Hanya tunjuk jari mengundi dan anda boleh tebus dan minum.

2. Hokkaido Baked Cheese Tart

Siapa peminat Hokkaido Baked Cheese Tart, pasti anda akan suka dengan tawaran mereka pada 19 November nanti. Hanya tunjuk jari mengundi anda dan anda akan dapat potongan sebanyak 15% untuk hanya pembelian Classic Cheese Tart.

3. Tealive

Dua minuman hanya RM15 sahaja! Tealive juga tidak terlepas peluang untuk menawarkan potongan harga ketika hari mengundi. Promosi ini sah mulai 14 November sehingga 20 November 2022. Boleh kunjungi mana-mana cawangan berdekatan dengan tempat mengundi anda.

4. GSC Cinemas

Image via GSC (Facebook)

Pada 19 November, kerajaan telah mengisytiharkan sebagai cuti umum. Maka, selepas mengundi anda boleh pergi menonton wayang di GSC Cinemas dan tebus free small popcorn. Syaratnya hanya dengan menunjukkan jari anda dan boleh enjoy the movie! 

5. IKEA

Image via IKEA (Facebook)

Jika cuaca pada hari mengundi nanti panas terik, mesti anda akan inginkan makanan yang sejuk dan manis seperti aiskrim bukan?  Anda boleh tebus sweet treats di Swedish Bistro, IKEA dengan hanya menunjukkan jari dakwat anda. Promosi ini hanya terhad kepada 500 redemptions per store. 

6. Taco Bell

Taco Bell juga tidak melepaskan peluang untuk mengadakan promosi Voting Day Deal. Mereka menawarkan hanya RM5 sahaja untuk pembelian Loaded Griller. Harga asal RM10.40 dan anda boleh jimat sebanyak RM5.40 untuk satu set makanan dan minuman. Sangat berbaloi!

7. Old Town White Coffee

Anda merupakan seorang coffee lover? Jika anda keluar mengundi, inilah peluang anda untuk tebus secawan kopi di Old Town White Coffee. Hanya tunjuk jari mengundi anda dan anda boleh menikmati hidangan kopi istimewa daripada mereka.

8. Marrybrown

Berita baik untuk penggemar Marrybrown. Percuma 1 ketul MB Crispy Chicken pada 19 November 2022 dengan pembelian mana-mana kombo. Syaratnya mudah sahaja, tunjukkan jari mengundi anda dan anda boleh menikmati hidangan ayam secara percuma.

9. TGI Fridays Malaysia

Waktu mengundi jika anda inginkan makanan seperti burger, anda boleh singgah di mana-mana cawangan TGI Fridays. Sempena PRU yang ke-15, TGI Fridays mengadakan potongan harga sebanyak 15% untuk menu burger mereka.

10. Street Churros

Image via googleapis.com

Jika waktu hari mengundi anda craving makanan ringan, anda juga boleh singgah di Street Churros. Berita baik untuk anda, anda boleh dapatkan 15% diskaun untuk pembelian churros. Promosi ini bermula pada 19 November sehingga 22 November 2022.

11. Cool Blog

Bagi penggemar topping pearl, inilah peluang anda! Coolblog menawarkan free topping untuk mana-mana pembelian minuman mereka. Anda boleh kunjungi cawangan Coolblog terdekat dan boleh menikmati minuman bagi menghilangkan rasa penat dan dahaga selepas keluar mengundi.

12. Kopi Saigon

Siapa tahu Kopi Saigon? Mereka juga tidak melepaskan peluang untuk menawarkan secawan kopi secara percuma! Hanya beli minimum dua cawan kopi dan tunjuk jari mengundi anda, dan anda boleh tebus free Kopi Saigon.

13. MyLaksa

Nikmati beli 1 percuma 1 daripada MyLaksa. Malah, dengan pembelian Asam Laksa dari MyLaksa, anda boleh tebus satu cawan air secara percuma. Syaratnya mudah saja, hanya tunjuk jari mengundi dan anda boleh menikmati hidangan popular dari MyLaksa.

14. Nando's

Nando's juga menawarkan menu sampingan secara percuma dengan hanya pembelian mana-mana hidangan utama mereka. Dapatkan tawaran ini di restoran Nando's berdekatan dengan tempat mengundi anda.

15. Pepper Lunch

Jika pada hari mengundi, tekak anda tiba-tiba inginkan makanan ala-ala Jepun, anda boleh singgah di Pepper Lunch. Hal ini kerana, mereka juga menawarkan minuman secara percuma kepada sesiapa yang keluar mengundi.

16. The Alley

Bagi peminat Black Milk Tea inilah peluang anda! Tunjukkan jari mengundi anda dan boleh menikmati minuman dari The Alley dengan hanya RM15 sahaja untuk dua Black Milk Tea. Promosi ini bermula pada 19 sehingga 20 November 2022.

17. Qra Foods

Sebelum mengundi, sudah semestinya anda kena alas perut bukan? Iyalah, nanti bila tiba saja di tempat mengundi, anda mungkin berada di situ lama dan membuatkan anda berasa cepat lapar. Oleh itu, anda boleh singgah di Qra Foods dan nikmati set coffee dan cinnamon crust dengan hanya RM5.

Lepas mengundi boleh tunjuk jari dan tebus macam-macam. Semoga perkongsian ini bermanfaat untuk anda dan selamat mengundi! :)

Follow SAYS Seismik dan dapatkan berita serta liputan politik tanah air terkini di sini sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: