seismik

#PRU15: PM Isytihar 18 & 19 November Ini Cuti Umum Serta Tol Percuma Untuk Dua Hari

Gaji penjawat awam turut dibayar lebih awal pada 17 November, manakala bayaran pencen untuk pesara diawalkan ke hari ini.

Cover image via Kosmo! & Berita Harian

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Perdana Menteri Malaysia, Ismail Sabri Yaakob mengumumkan 18 dan 19 November ini sebagai cuti umum bagi memudahkan rakyat pulang mengundi

Menurut laporan Free Malaysia Today, “Kerajaan menetapkan hari Jumaat dan Sabtu 18 dan 19 November sebagai hari kelepasan am bagi memudahkan urusan keluarga Malaysia mengundi.

“Saya tidak mahu seorang pun dilarang mengundi,” katanya ketika berucap dalam majlis pecah tanah bangunan Cuepacs di Putrajaya.

Tol percuma untuk Jumaat dan Sabtu ini, pembayaran gaji penjawat awam dan pesara lebih awal

Menurut beliau, tawaran itu melibatkan implikasi kewangan berjumlah RM34.5 juta yang akan ditanggung sepenuhnya oleh 30 syarikat konsesi lebuh raya menerusi tanggungjawab sosial korporat (CSR).

“Tol percuma akan bermula dari 12.01 pagi 18 Nov (Jumaat) hingga 11.59 malam Sabtu, 19 Nov 2022, melibatkan semua kenderaan jenis persendirian Kelas 1 saja yang dianggarkan sekitar 90% daripada jumlah keseluruhan kenderaan di lebuh raya,” katanya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via The Malaysian Insight

Dalam pada itu, gaji penjawat awam bagi bulan ini juga akan dibayar lebih awal pada 17 November, manakala bayaran pencen untuk pesara diawalkan ke hari ini untuk meringankan beban penjawat awam yang ingin pulang ke kampung mengundi.

“Apa yang diumumkan ini tidak meliputi kakitangan swasta, hanya untuk penjawat awam.

“Tapi saya menggalakkan dan meminta swasta ambil contoh apa yang dilaksanakan kerajaan supaya membayar gaji awal kepada pekerja mereka, ia boleh membantu pekerja swasta untuk kurangkan bebanan dan keluar mengundi,” ujarnya.

Follow SAYS Seismik dan dapatkan berita serta liputan politik tanah air terkini di sini sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: