seismik

#PRU15: Siti Kasim & Cleopatra Antara 10 Calon Yang Sah Bertanding Di Parlimen Batu

Kerusi di Parlimen Batu itu menyaksikan pertembungan 10 penjuru.

Cover image via Malaysia Gazatte & Amir Khalid/Utusan Malaysia

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerusi Parlimen P115 Batu menyaksikan pertembungan sepuluh penjuru membabitkan calon penyandang, calon yang kembali bertanding dan muka baharu pada PRU15

Calon PKR P Prabakaran yang juga penyandang kerusi Parlimen itu selaku calon termuda ketika itu, sekali lagi bertanding pada pilihan raya kali ini mewakili PH.

Sementara itu, bekas Naib Presiden PKR, Tian Chua pula yang menyandang kerusi Parlimen Batu selama dua penggal, memutuskan untuk kembali bertanding selaku calon BEBAS.

Pada PRU14, Tian Chua menyatakan sokongan kepada Prabakaran yang bertanding kerusi Parlimen Batu selepas beliau hilang kelayakan.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) mengesahkan terdapat 10 calon bakal bertanding bagi kerusi Parlimen Batu pada PRU15 kali ini.

Image via @NewsBFM (Twitter)

Pertembungan kali ini menyaksikan beberapa muka muda baharu membuat penampilan antaranya influencer media sosial yang juga ahli perniagaan Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin yang lebih dikenali dengan nama 'glamour' Cleopatra (BEBAS) dan peguam Siti Kasim (BEBAS) serta peguam Wan Azliana Wan Adnan dari PEJUANG.

Beberapa nama lain yang turut mencuba nasib kali ini termasuk calon BN Datuk A Kohilan Pillay, Azhar Yahya (PN), P Naganathan (WARISAN), Too Cheng Huat (BEBAS) dan Zulkifli Abd Fatah (PRM).

Tian Chua hadir sebagai calon bebas bersama-sama Siti Kasim.

Image via Amir Khalid/Utusan Malaysia

Follow SAYS Seismik dan dapatkan berita serta liputan politik tanah air terkini di sini sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: