seismik

#PRU15: Untuk Pengundi Kali Pertama, Anda Wajib Tahu Tentang 10 Perkara Ini. Penting!

Panduan buat anda.

Cover image via Berita Harian & MySPR

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Semenjak Undi 18 berkuat kuasa pada Disember 2021, semua warganegara Malaysia yang berumur 18 tahun layak mengundi pada Pilihan Raya Umum (PRU15) akan datang

Sebagai rakyat Malaysia, ia adalah hak perlembagaan kita untuk mengundi, kerana ia akan menjejaskan masa depan negara kita. Walau bagaimanapun, jika ini kali pertama anda mengundi, pasti anda ada rasa sedikit teruja.

Isu seperti proses pilihan raya, manifesto parti politik dan perkara yang perlu dilakukan pada hari pengundian mungkin berada dalam fikiran anda.

Jangan risau, kami sedia membantu anda! Berikut ialah perkara yang anda perlu tahu sama ada ini kali pertama anda mengundi (atau jika anda hanya memerlukan peringatan):

1. Bawa Kad Pengenalan Pendaftaran Negara (NRIC)

Gambar sekadar hiasan.

Image via MyGOV

Benda ini sangat penting. Anda perlu membawa kad pengenalan anda ke tempat mengundi masing-masing, kerana pegawai perlu mengesahkan identiti anda sebelum membenarkan anda membuang undi.

2. Jika anda tidak mahu bersesak, sebaiknya bangun awal pagi untuk beratur

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Kebanyakan kita di sini bukanlah orang yang suka bangun pagi kan? Namun, yang manakah lebih baik, bangun lewat dan beratur sepanjang hari atau bangun awal dan menjimatkan masa? Ha, anda pilih.

Biasanya, stesen mengundi dibuka pada pukul 8 pagi hingga 5 petang, dan bergantung pada lokasi anda atau dari mana anda akan datang, sebaiknya berada di sana satu atau dua jam lebih awal.

3. Pakai pakaian yang sesuai

Gambar sekadar hiasan.

Image via Majoriti

Walaupun tiada kod pakaian khusus untuk hari mengundi, tetapi semua orang digalakkan untuk memakai pakaian yang sesuai dan sopan yang tidak menggambarkan logo mana-mana parti, sekiranya terdapat sensitiviti.

Oleh kerana pegawai mempunyai hak untuk menafikan kemasukan jika anda memakai seluar pendek, skirt, selipar, dan singlet, sebaiknya elakkannya.

4. Jangan menconteng pada kertas undi anda dan pastikan ia tidak kehilangan nombor siri, tanda dagangan dan cop rasmi

Gambar sekadar hiasan.

Image via BBC Portal

Jangan mencoteng pada kertas undi anda, kerana ia boleh menyebabkan ia hilang kelayakan. Hanya letakkan 'X' ringkas di sebelah calon pilihan anda dan serahkan undi ke dalam peti undi. Walau bagaimanapun, terdapat cara lain anda boleh menanda kertas undi anda yang masih boleh diterima.

Jika anda mendapati terdapat tanda pada kertas undi anda, hubungi pegawai terdekat yang bertugas untuk menggantikannya dengan kertas undi baru yang tidak bercacat.

5. Telefon tidak dibenarkan di tempat mengundi

Gambar sekadar hiasan.

Image via Sinar Harian

Sudah pasti ramai yang ingin rasa teruja mereka ketika pertama kali mengundi. Jadi, mereka ingin merakam momen itu. Walau bagaimanapun, anda tidak dibenarkan menggunakan telefon anda di dalam tempat mengundi dan mesti silent pada setiap masa.

6. Jangan gunakan pengilat kuku pada hari mengundi

Gambar sekadar hiasan.

Image via Glamour

Pastikan kuku anda bersih pada hari mengundi, terutamanya jari telunjuk kiri anda. Anda perlu mencelupkan jari anda ke dalam dakwat kekal sebelum mengundi di dalam stesen. Jadi, terutama bagi kaum wanita, tak perlu memakai pengilat kuku.

7. Bawa payung bersama

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Penting untuk anda membawa payung untuk bersiap sedia menghadapi sebarang perubahan cuaca. Anda juga boleh menyemak ramalan cuaca sebelum pergi ke stesen mengundi, tetapi sebaiknya sediakan payung sekiranya cuaca tidak menentu.

8. Ingat untuk kekal terhidrat

Gambar sekadar hiasan.

Image via Healthline

Anda juga harus membawa botol air untuk kekal terhidrat semasa menunggu dalam barisan untuk mengundi, terutamanya jika anda mengambil sedikit masa untuk membuang undi anda.

9. Jangan bawa masuk atau keluarkan kertas undi dari tempat mengundi

Gambar sekadar hiasan.

Image via Malakat Tribune

Perkara ini memang salah di sisi undang-undang. Jika anda tertangkap, tindakan yang berat pasti akan diambil terhadap anda. Jadi, jangan lakukannya sesuka hati.

10. Jangan berlegar-legar di sekitar tempat mengundi selepas membuang undi

Gambar sekadar hiasan.

Image via Selangir Kini

Sekiranya anda perlu menunggu ahli keluarga atau rakan, sebaiknya tunggu di dalam kereta atau jauh dari tempat mengundi.

Jadi, untuk anda yang pertama kali tu ingat perkara-perkara penting di atas ya. Selamat mengundi! ;)

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

You may be interested in: