seismik

#PRU15: "Battle Of Sungai Buloh" - Khairy Jamaluddin Bakal Berdepan Saingan Sengit 6 Calon

Kerusi di Parlimen Sungai Buloh itu bakal menyaksikan pertembungan tujuh penjuru.

Cover image via @LuqmanMenulis (Twitter)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Kerusi Parlimen Sungai Buloh menyaksikan pertembungan tujuh penjuru antara Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), Pakatan Harapan (PH), Parti Rakyat Malaysia (PRM), Gerakan Tanah Air (GTA) serta dua calon bebas

Saingan sengit di kerusi P107 itu membabitkan Khairy Jamaluddin daripada BN, R Ramanan (PH), Mohd Ghazali Md Hamin (PN), Mohd Akmal Yusoff (GTA), Ahmad Jufliz Faiza (PRM) dan calon Bebas iaitu Syed Abdul Razak Syed Long Al Sagoff serta Nurhaslinda Basri.

Kesemua calon dilihat bersama seorang pencadang dan penyokong memasuki pusat penamaan calon sambil melambai-lambai kepada penyokong mereka.

Pegawai Pengurus Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Mohd Jusni Hashim mengumumkan tempoh penyerahan kertas pencalonan ditutup pada jam 10 pagi tadi.

Khairy Jamaluddin bersama Datuk Ramanan (calon PH) dan Haji Ghazali (calon PN) di Pusat Penamaan Calon P.107 Sungai Buloh.

Image via @Khairykj (Twitter)

Sebagai rekod, pada PRU14 yang lepas dalam persaingan di P107 Sungai Buloh, Sivarasa meraih 43,631 undi menewaskan Nuridah dari Pas yang memperoleh 16,977 undi, A.Prakash Rao mewakili BN (16,681) dan Zainurizzaman Moharam dari PSM (642).

Follow SAYS Seismik dan dapatkan berita serta liputan politik tanah air terkini di sini sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: