seismik

Sedia Lapor Perkembangan Terkini PRU15, myundi Jadi Platform Digital 'All-In-One'

Berita tumpuan dalam penentuan keputusan PRU15 hanya di myundi.

Cover image via MySPR Semak & Smartmockups (Edited by SAYS Seismik)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Umum sedia maklum Pilihan Raya Umum Malaysia ke-15 (PRU15) akan diadakan pada 19 November ini setelah parlimen dibubarkan pada 10 Oktober lepas oleh Perdana Menteri Malaysia, Dato’ Sri Ismail Sabri Yaakob

Pada edisi kali ini, kita bakal menyaksikan 222 kerusi parlimen dan sebanyak 117 kerusi negeri di Pahang, Perak, Perlis, dan Sabah akan dipilih untuk pilihan raya ini.

Oleh itu, seluruh rakyat Malaysia boleh mengikuti dan mendapatkan segala info dan perkembangan terkini pilihan raya umum melalui portal myundi di www.myundi.com.my.

Image via myundi

Platform digital ‘all-in-one’ yang menyediakan penglibatan interaktif dengan statistik pilihan raya yang tepat

Portal sehenti yang telah dilancarkan oleh REV Media Group (“REV”) ini telah diperkenalkan sejak pilihan raya umum sejak tahun 2018. Portal ini menyalurkan berita-berita semasa, maklumat terkini berkaitan pilihan raya serta keputusan keseluruhan pilihan raya.

myundi adalah platform digital ‘all-in-one’ yang menyediakan penglibatan interaktif dengan statistik pilihan raya yang tepat. Bagi edisi kali ini, myundi memperkenalkan ciri baru Suara Kita, yang memberi peluang untuk seluruh rakyat menyuarakan pendapat dan idea berkenaan kerajaan baharu yang bakal dipilih.

Rakyat Malaysia boleh pergi ke pautan www.myundi.com.my/suara-kita dan menjawab beberapa soalan ringkas lalu menyuarakan idea untuk masa depan Malaysia seterusnya kongsikan idea mereka di laman sosial.

Image via myundi

Boleh diakses secara langsung selama 24 jam, orang ramai boleh memanfaatkan penggunaan myundi sepenuhnya bagi mendapatkan berita, video, infografik yang interaktif dan banyak lagi perihal berkaitan pilihan raya.

Orang ramai juga boleh melawat myundi untuk mendapatkan perkembangan terkini terutamanya pada 5 November untuk kemas kini penamaan calon dan pada malam 19 November untuk keputusan pilihan raya yang terpantas.

Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) telah menetapkan 19 November sebagai tarikh mengundi. Berikut merupakan antara tarikh-tarikh penting bagi PRU15:

-05 November 2022: Hari Penamaan Calon

-15 November 2022: Hari Pengundian Awal

-19 November 2022: Hari Pengundian

Portal berita myundi boleh diakses melalui komputer, telefon pintar dan tablet di laman lawww.myundi.com.my seluruh dunia.

Image via myundi

Follow SAYS Seismik dan dapatkan berita serta liputan politik tanah air terkini di sini sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik: