seismik

#PRU15: Tun M Dakwa BKM Fasa 4 Dikreditkan Ketika Ini 'Haram' Diterima Rakyat Malaysia

Sebagai rekod, BKM Fasa 4 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat bermula esok dan dijangka selesai 18 November ini.

Cover image via Astro Awani & Berita Harian

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Pengerusi Gerakan Tanah Air (GTA), Tun Dr. Mahathir Mohamad mendakwa bayaran Bantuan Keluarga Malaysia (BKM) Fasa 4 yang diterima rakyat mulai esok sebagai 'haram'

Menurut laporan Kosmo!, beliau mempertikaikan kuasa yang ada kepada Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob sebagai Perdana Menteri caretaker, selepas Naib Presiden UMNO itu meluluskan peruntukan RM2.1 bilion bagi pembayaran BKM Fasa 4 yang diterima rakyat mulai esok.

Bekas Perdana Menteri itu berkata, memandangkan kerajaan Persekutuan yang mentadbir negara selepas pembubaran Dewan Rakyat adalah sebuah kerajaan caretaker, Ismail Sabri tidak boleh meluluskan sebarang peruntukan kerana ia perlu mendapat kelulusan Parlimen.

Tegasnya, bayaran BKM itu haram diterima rakyat kerana tidak sah dan tidak halal memandangkan perbuatan itu sama sahaja seperti mencuri duit rakyat.

Tun Dr. Mahathir memberitahu BKM Fasa 4 haram untuk diterima rakyat kerana ia tidak mendapat kelulusan Parlimen ketika berucap di Himpunan Pejuang Melaka, malam tadi.

Image via Amran Mulup/Kosmo!

“Bila tidak ada Parlimen yang telah dibubarkan untuk memberi laluan kepada Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU15), dia (Ismail Sabri) tak boleh buat apa-apa usul.

“Dia tak boleh belanja wang yang banyak kerana semua perbelanjaan dan semua usul mesti diluluskan dalam Parlimen, barulah wang tersebut jadi halal.

“Nampak sangat dia tak boleh tunggu kerana dia nak pengaruh, nak dapat undi maka dia ambil duit kerajaan berjumlah RM2.1 bilion nak bagi pada semua orang,” katanya.

BKM Fasa 4 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat bermula esok dan dijangka selesai 18 November ini

Khamis lalu, Ismail Sabri mengumumkan, bayaran BKM yang sepatutnya diterima rakyat Disember ini dipercepatkan bagi membantu menghadapi Monsun Timur Laut yang dijangka bermula pertengahan bulan ini.

Sebagai rekod, BKM Fasa 4 akan dikreditkan ke dalam akaun bank penerima secara berperingkat bermula esok dan dijangka selesai 18 November ini, iaitu sehari sebelum rakyat keluar mengundi PRU15.

Tambah Dr. Mahathir, peruntukan tersebut hanya menjadi halal jika usul itu dibawa ke Parlimen dan diluluskan.

“Bila tidak ada Parlimen dia gasaklah, ini lah Ismail Sabri awal-awal lagi kita nampak semua pemimpin Barisan Nasional (BN) asyik curi duit sahaja, tak boleh lepas ada peluang nampak duit sahaja dibalunnya,” ujarnya.

Gambar sekadar hiasan.

Image via Berita Harian

Follow SAYS Seismik dan dapatkan berita serta liputan politik tanah air terkini di sini sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: