seismik

[TERKINI] 18 November Diisytiharkan Cuti Umum Di Seluruh Negeri Selangor Sempena PRU15

Selamat pulang ke kampung halaman!

Cover image via Utusan Malaysia & Code Blue

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Menteri Besar Selangor, Amirudin Shari mengisytiharkan 18 November sebagai cuti umum di negeri itu

Perkara itu diumumkan oleh beliau kerana memandangkan keesokan harinya ialah hari pengundian pilihan raya umum ke-15 (PRU15).

Menurut laporan Free Malaysia Today, pada sidang media yang diadakan sebentar tadi, Amirudin berkata, keputusan ini dibuat memandangkan ramai rakyat Malaysia yang bekerja dan menetap di Selangor mengundi di kampung halaman mereka di negeri lain.

Beliau turut menggesa Perdana Menteri sementara, Datuk Seri Ismail Sabri Yaakob untuk turut mengisytiharkan cuti umum di seluruh negara bagi memudahkan rakyat membuang undi pada 19 November.

Image via Media Selangor

Follow SAYS Seismik dan dapatkan berita serta liputan politik tanah air terkini di sini sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik lain hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: