seismik

#PRU15: Bukan Sekadar Cantik, Ini Calon Wanita 'Beauty With Brain' Yang Akan Bertanding

Selamat maju jaya semua!

Cover image via Hello Sabah , The Star , @buletinfm (Twitter) , Sinar Harian

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Seperti umum tahu, Pilihan Raya Umum Ke-15 (PRU-15) bakal tiba tidak lama lagi

Sebagai rakyat, adalah tanggungjawab kita semua untuk pergi keluar mengundi pada hari tersebut. Pilih lah calon yang anda rasa layak untuk memerintah.

Sudah tentu, ada yang telah pun membuat keputusan untuk memilih calon pilihan mereka. Namun, kehadiran beberapa muka baharu calon wanita bagi merebut kerusi Parlimen pada pilihan raya umum kali ini ternyata telah mencuri perhatian masyarakat dan netizen.

Mereka ini bukan saja muda dan cantik, tetapi turut memiliki taraf pendidikan tinggi hingga digelar 'beauty with brain'. Ia pasti mampu menjadi cabaran kepada calon yang berpengalaman.

Ini antara calon wanita baru tampil memberi saingan bagi PRU-15:

1. Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin (Cleopatra) - Calon bebas (Parlimen Batu)

Image via Utusan

Inisiatifnya yang cuba mengetengahkan masalah berkaitan pendidikan, pekerjaan dan bantuan kos sara hidup yang sering dipandang sepi itu menyebabkan Nur Fathiah Syazwana Shaharuddin atau lebih dikenali sebagai Cleopatra, 28, tekad bertanding di Parlimen Batu pada Pilihan Raya Umum ke-15 (PRU-15).

"Perancangan segera saya adalah untuk tangani isu komuniti, peniaga tempatan, meningkatkan kesalinghubungan bas pengantara ke kawasan terpencil, isu tempat letak kereta dan kesesakan di sekitar rumah pangsa Projek Perumahan Rakyat (PPR) serta banyak lagi," katanya.

Jika diberikan mandat oleh pengundi Parlimen Batu, tumpuan beliau seterusnya adalah untuk meningkatkan ekonomi, memberi sokongan pendidikan kepada generasi muda serta penjagaan sewajarnya untuk warga emas.

2. Dr Nurul Ashikin Mabahwi - Parti Pejuang Tanah Air (Ampang)

Image via Utusan

Bagi Dr Nurul Ashikin, 33, lulusan Shibaura Institute of Technology di Jepun ini, setiap calon mempunyai kelebihan dan kekuatan tersendiri.

"Jika ada kata rupa paras menjadi modal nilai tambah dalam menarik undi, apa boleh dicakap adalah syukur, Alhamdulillah. Tapi bagi saya, setiap calon mempunyai kelebihan dan kekuatan tersendiri"

"Oleh itu, pengundi harus bijak menilai setiap calon bertanding, tidak kira dari segi pendidikan, latar belakang mahupun daya tarikan fizikal," katanya.

3. Nurul Fadzilah Kamaluddin - Parti Perikatan Nasional (Setiawangsa)

Image via FMT

Sebelum beliau terjun ke dunia politik, beliau pernah bertugas sebagai pengacara dan menjadi aktivis masyarakat.

Beliau kini menggalas jawatan sebagai Ketua Srikandi Muda Bersatu, Ahli Majlis Pimpinan Tertinggi Bersatu Malaysia. Nurul Fadzillah tampil dengan perwatakan anggun bersama slogan Setia Bersama Setiawangsa.

4. Young Syefura Othman - Pakatan Harapan (DAP) (Bentong)

Image via Utusan

Young Syefura atau dipanggil Rara bakal menerima tentangan sengit daripada empat lagi calon lain termasuk bekas Presiden MCA, Tan Sri Liow Tiong Lai (BN) selain penyandang, Wong Tack yang kini bertanding atas tiket Bebas.

Antara isu yang diketengahkan beliau adalah bencana alam, lantaran Bentong antara kawasan yang paling teruk dibadai banjir pada awal tahun ini.

Beliau merupakan lulusan Diploma Kejururawatan dan telah bekerja selama setahun sebagai jururawat swasta sebelum membuka klinik bekam dan akupunktur di Puncak Alam.

5. Felicia Wong - Barisan Nasional (Seremban)

Beliau adalah graduan Sarjana Muda Sastera di Universiti Malaya. Beliau merupakan Timbalan Pengerusi Jawatankuasa Perundingan Pendidikan MCA.

Menyifatkan pendidikan sebagai tunjang kemajuan masyarakat, beliau komited dalam memastikan setiap lapisan masyarakat akan mendapat akses pendidikan yang sewajarnya.

6. Fathin Amelina Fazlie - Pakatan Harapan (Arau)

Image via Utusan

Difahamkan, ini adalah percubaan kali pertama beliau dalam arena politik. Walaupun begitu, ia tidak menghalangnya untuk terus berusaha membawa isu taraf hidup, kebajikan dan pendidikan.

Beliau yang juga Pengarah Komunikasi PKR Cabang Padang Besar mempunyai Ijazah Sarjana Muda Ekonomi Perancangan dan Pembangunan dengan Kepujian dari Universiti Malaysia Sabah (UMS).

7. Jo-anna Sue Henley Rampas - Parti Warisan (Parlimen Tuaran)

Image via Berita Harian

Timbalan Ketua Wirawati Parti Warisan Sabah ini pernah bertanding di DUN Kiulu pada PRU14 namun tewas ditangan Datuk Joniston Bangkuai. Beliau, bakal berdepan Datuk Seri Madius Tangau dan Joniston pada PRU kali ini.

Memang beauty with brain lah mereka ni! :D

Follow SAYS Seismik dan dapatkan berita serta liputan politik tanah air terkini di sini sekarang!

Image via SAYS Seismik

Lagi artikel menarik di SAYS Seismik:

More stories to read: