seismik

"Dahsyat" - Budak Main Gelongsor Di Water Park Curi Tumpuan, Ramai Tanya Pakai Jurus Apa

Uish, macam mana dia buat tu?

Cover image via @silvia19852 (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Taman tema air merupakan salah satu tempat yang digemari ramai terutamanya kanak-kanak

Hal ini kerana terdapat banyak permainan air yang menarik seperti gelongsor panjang, luncur air dan macam-macam lagi.

Namun, tular pula sebuah video di TikTok baru-baru ini memaparkan aksi seorang budak lelaki yang turun dari gelongsor air telah mendapat perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Hebat boleh meluncur dan boleh terapung atas air

Menerusi video yang dimuat naik oleh @silvia19852, kelihatan budak lelaki itu sedang bermain di salah satu permainan gelongsor di taman tema air.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila sebaik saja dia dilihat tiba di penghujung gelongsor tersebut, badannya terapung lama di atas permukaan air sebelum dia tenggelam ke bawah.

Perkara tersebut membuatkan ramai tertanya-tanya bagaimana dia boleh menggelongsor seperti itu kerana selalunya orang akan terus tenggelam ke dalam kolam.

"Dik aku tak boleh stop gelak ha, kau buat tuto dik aku penatlah main gelongsor asyik lemas je" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah mencecah sehingga 8.6M views, 895.2K likes dan 16.3K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat aksi budak lelaki itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Lain macamlah skill adik ni, boleh tunjuk ajar tak? :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: