Bila Anak Buat Drama Nak Lari Rumah, Gelagat Wanita Pujuk Si Cilik Ini Buat Ramai Terhibur
Alahai adik, comel je ugut mommy dia.
Apabila anak dalam fasa sedang membesar, mereka akan menunjukkan pelbagai ragam yang tidak dijangka dek akal kita
Kadangkala sampai membuatkan kita terfikir dari mana mereka belajar buat sesuatu perkara itu betul tak? Memang pening kepala nak melayan kerenah mereka.
Seperti sebuah video yang tular ini memaparkan seorang budak lelaki yang nekad nak lari dari rumah telah mencuit hati ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Ugut nak lari rumah, last-last cair bila kena pujuk dengan mommy
Menerusi perkongsian video daripada @yusmalisa_shazrenda, kelihatan budak lelaki itu sedang mengemas pakaian di dalam begnya konon ingin lari dari rumah.
Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila ibunya memberitahu sudah tiga kali dia nak lari rumah dalam minggu yang sama.
Dia dilihat nekad menaiki basikal dan membuatkan si ibu mengejar sambil merakam gelagat anaknya yang dipanggil Qasy itu.
Namun, selepas bermacam-macam janji yang ditaburkan oleh wanita itu demi memujuk anaknya yang ingin membeli PlayStation 5, akhirnya si cilik itu berjaya dipujuk dan masuk semula ke dalam rumah.
"Can you not make fun of me" punya betul terluka tu - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 473K tontonan, 41K tanda suka serta 672 perkongsian di laman TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat drama dua beranak itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!