seismik

[VIDEO] Baru Nak Menari Dengan Kawan-Kawan, Sekali Gadis Ini Terciduk Malu Kain Terkoyak

Alamak, masa ni lah kain nak buat hal.

Cover image via @aqilahtaufek (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Lumrah dalam persahabatan, mesti ada seorang dua yang perangainya masuk air tidak kira tempat betul tak?

Memandangkan sekarang zaman TikTok, ramai yang suka membuat video menari dan mengikut trend terbaru dengan kawan-kawan.

Namun, lain pula yang terjadi dalam video tular ini apabila seorang gadis terciduk malu gara-gara kainnya terkoyak telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@aqilahtaufek

Sumpah penat ada kawan macam ni

Ayang - Nabila Maharani

Baru nak record video ramai-ramai, sekali dengar bunyi kain terkoyak

Menerusi video yang dikongsi oleh @aqilahtaufek, kelihatan geng gadis itu sedang berada di tempat parking sebuah shopping mall.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila sebaik saja mereka merakam video, gadis berbaju kurung hitam itu dilihat membuat aksi ganas dengan mengangkangkan kakinya.

Lebih menghiburkan, tiba-tiba terdengar bunyi seperti kain terkoyak. Apabila kawan-kawannya terkejut dan bertanya sama ada kainnya koyak atau tidak, gadis itu cuba untuk cover dan menidakkan. 

Namun, apabila mereka terpandang arah yang sama, rupa-rupanya kain gadis itu memang terkoyak dan membuatkan mereka berdekah bersama-sama.

"Confident betul cakap tak haha sampai ke sini bunyi 'prakk' tu" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih sehingga 2.1M views, 180.2K likes dan 2.2K comments di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat mereka.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Member baru nak cover. Tak apalah, benda pun dah jadi. Enjoy jelah ya :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: