seismik

Muka Kena Kutuk Dengan DJ Masa Makan Beradab, Reaksi Pengantin Lelaki Ini Pula Undang Tawa

Jahat ya abang DJ, kesian member tu.

Cover image via @z4h4n (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam setiap majlis perkahwinan, antara acara yang dinanti-nantikan oleh tetamu adalah makan beradab

Ketika itulah para tetamu dapat melihat kedua-dua mempelai bermesra dan menyuap sesama sendiri sambil bergambar.

Namun, lain pula dengan situasi sepasang pengantin ini apabila DJ yang bertugas di majlis kahwin mereka tiba-tiba mengutuk muka si pengantin lelaki telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@z4h4n

Biadap eh DJ niii,haihhhhh

original sound - zaha[N] - zaha[N]

DJ buat hal, boleh pula kata muka pengantin lelaki macam tenuk

Menerusi video yang dimuat naik oleh @z4h4n, kelihatan pasangan pengantin itu sedang menikmati makanan di meja makan beradab.

Apa yang menjadi perhatian adalah ketika mereka sedang seronok menjamu selera, tiba-tiba DJ yang bertugas di majlis itu sempat mengutuk si pengantin lelaki.

"Saya pun tak fahamlah kenapa pengantin perempuan pilih lelaki tu. Sebab saya tengok muka pengantin lelaki hauk! Macam tenuk!," katanya.

Perkara itu membuatkan pengantin lelaki tersentak dan tidak berpuas hati dengan DJ tersebut. "Biadap eh DJ ni, haih," katanya.

Image via @z4h4n (TikTok)

"Ni mesti DJ member sendiri. Lama sangat dia pendam tu haha" - Netizen

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 2.3M views, 252.2K likes dan 2.9K comments di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi pengantin lelaki itu.

Malah, ada yang mengatakan DJ itu mungkin kawan baiknya sendiri sebab itulah dia berani mengutuk depan-depan.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:

Image via @z4h4n (TikTok)
Image via @z4h4n (TikTok)
Image via @z4h4n (TikTok)
Image via @z4h4n (TikTok)
Image via @z4h4n (TikTok)
Image via @z4h4n (TikTok)
Image via @z4h4n (TikTok)
Image via @z4h4n (TikTok)

Sabar jelah bang, nak tak nak kena cover handsome depan tetamu. Nanti gambar tak lawa pula :P

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: