seismik

Baru Tinggal Sekejap Sekali Anak Dah Basah Lencun, Rupanya Si Ayah Bagi Main Air Pancut

Biasalah kalau bapak-bapak yang jaga memang akan jadi macam ni. Haha.

Cover image via @jijibonk (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, cara ayah dan ibu menjaga anak-anak memang berbeza

Para ibu biasanya akan menjaga dengan teratur dan tidak mendedahkan anak-anak dengan aktiviti lasak sangat. Tapi kalau dapat dengan ayah, memang macam-macam eksperimen yang akan dibuat dengan anak. Which is good sebenarnya.

Seperti sebuah video ini yang memaparkan seorang budak lelaki basah lencun gara-gara ayahnya membawa main di air pancut shopping mall telah mencuri tumpuan ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@jijibonk

Dibawah jagaan bapak selalu end up jadi huru hara mcmni

Originalton - POV’s

Ibu tinggal anak sekejap dengan ayah sebab nak beli barang, sekali tengok anak dah basah kuyup

Menerusi video yang dimuat naik oleh @jijibonk, kelihatan budak lelaki itu sedang berjalan sambil tangan dipegang oleh ibunya di kawasan luar shopping mall.

Apa yang mencuri perhatian adalah apabila baju dan seluarnya habis basah lencun seperti baru lepas mandi.

Lebih mencuit hati, rupa-rupanya itu adalah angkara si ayah yang membawa anaknya bermain di kawasan air pancut di situ.

"Di bawah jagaan bapak selalu end up jadi huru hara macam ni," kata ibunya.

"Haha jimat, tak payah pergi waterpark. Tak apa biar dia enjoy dan explore" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 376.2K tontonan, 34.8K tanda suka serta 421 perkongsian di laman TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur dan memberikan pendapat masing-masing mengenai situasi itu.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Nasib baik ayah dia tak join mandi air pancut tu sekali. Kalau tidak, lagi pening emaknya :D

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: