seismik

"It's Haram!" - Gelagat Comel Budak Perempuan Belajar Dengan Si Ayah Ini Cuit Hati Ramai

Geramnya tengok, comel sangat ni!

Cover image via @irnadarini (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Memberikan ilmu serta mendidik anak adalah tanggungjawab ibu bapa sejak mereka kecil lagi

Memang seronok melihat telatah mereka apabila mula belajar mengenali huruf, nombor, bunyi haiwan dan macam-macam lagi.

Seperti video yang tular di laman TikTok baru-baru ini memaparkan gelagat comel seorang budak perempuan semasa belajar dengan ayahnya telah mencuit hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Nak sebut haram tapi tercakap geram pula

Menerusi video yang dimuat naik oleh @irnadarini, kelihatan budak perempuan itu sedang tentang haiwan bersama ayahnya di ruang tamu.

Apa yang mencuri perhatian ramai adalah apabila si ayah bertanya sama ada dia boleh pegang anjing dan khinzir, dia menyebut tidak boleh.

Lebih menghiburkan, apabila ayahnya bertanya "why we cannot touch dog and pig", dia pantas berkata "geram" membuatkan si ayah dan ibu ketawa. Sebaik saja dia tersedar yang dia tersalah sebut, dia cepat-cepat membetulkan ayatnya dan menjerit "haram!".

"Yang geram tu kami dik, confident je dia ya. Comel!" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 920K tontonan, 128.9K tanda suka serta 5.1K perkongsian di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat comel budak perempuan itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Pandainya dia. Comel je speaking dengan ayah ya :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: