seismik

"Terpaling Cemerlang" - Cara Abang Parcel Sorok Barang Customer Ini Buat Ramai Terhibur

Kreatiflah!

Cover image via @amoiomei (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Tidak dinafikan, bekerja sebagai penghantar barang ada juga cabarannya

Walaupun ia nampak mudah, tetapi penghantar barang merupakan individu yang bertanggungjawab sekiranya barang customer hilang atau dicuri semasa mereka sedang bertugas.

Tular pula sebuah video ini apabila seorang gadis berkongsi cara penghantar barangnya menyorokkan bekas kerana ketiadaannya di rumah telah mencuri tumpuan.

Lihat video penuh itu di bawah:

Minta 'abang parcel' sorok barang sebab tak ada dekat rumah, tapi caranya pula undang tawa ramai

Menerusi perkongsian video daripada @amoiomei, kelihatan gadis itu menerima notifikasi daripada pihak courier yang barangnya sudah sampai di rumah.

Tetapi, disebabkan gadis itu tiada di rumah, dia telah meminta abang parcel itu untuk menyorokkan barangnya.

Apa yang menghiburkan adalah apabila abang parcel itu menyorokkan barangnya di sebalik kasut dan selipar di depan pintu rumah tersebut supaya ia tidak kelihatan. Ternyata, kreativitinya itu mengundang tawa ramai.

"Hahaha memang betul-betul tak nampak, pandai dia sorok" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 682.4K tontonan, 52.2K tanda suka serta 1.3K perkongsian di TikTok.

Rata-rata warganet turut terhibur melihat cara abang parcel itu menyorokkan barang seperti apa yang diminta oleh customernya.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Nasib baik datang idea dia nak sorok barang tu celah-celah kasut. Terbaik abang parcel :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

You may be interested in: