Sakan Main Gelongsor Air Sampai Pelampung Tercampak, Ramai Boleh Relate Dengan Lelaki Ini
Orait tak orait tu bang?
Siapa saja yang tidak suka masuk ke taman tema air bukan?
Kalau nak hilangkan stress, dekat situlah tempat yang paling sesuai sebab kita boleh bermain macam-macam permainan dan menjerit sekuat hati.
Namun, lain pula yang terjadi dalam video ini apabila seorang lelaki bermain gelongsor air sampai pelampung tercampak mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Mula-mula elok je turun dengan pelampung, sekali lain pula yang jadi
Menerusi video yang dimuat naik oleh @naqimohdnoor, kelihatan lelaki itu sedang bermain gelongsor air di sebuah water park.
Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila dia yang pada mulanya duduk di dalam pelampung turun dengan laju sehingga pelampungnya tercampak.
Lebih menghiburkan, dia meluncur masuk ke dalam kolam tanpa pelampung tersebut membuatkan ramai dapat relate dengan situasi itu.
"Tak, sekarang ni mana pelampung tu hilang? Saya kat belakang abang tadi. Dah agak akan berlaku, tapi tak sampai hati nak jujur haha" - Netizen
Ikutan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 2.2M views, 99.5K likes dan 3.1K shares di laman TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat lelaki itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!