seismik

[VIDEO] Ibu Suruh Duduk Diam Masa Ambil Neb, Tapi Cara Budak Ini Tenang Pula Menghiburkan

Sempat lagi ya dik.

Cover image via @yayanadia77 (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Rawatan nebuliser adalah cara yang paling cepat berkesan pada bayi dan kanak-kanak yang ada masalah semput, berkahak atau pernafasan laju

Kebanyakan kanak-kanak akan berasa takut ketika kali pertama mengambil neb. Tetapi, ada juga yang suka rawatan ini dan boleh jadi ketagih.

Namun, lain pula yang terjadi dalam sebuah video ini apabila seorang budak perempuan menyanyi lagu TikTok untuk menenangkan dirinya telah mencuit hati ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

@yayanadia77

kite suruh dye duk diam jgn ckp bnyok. bertenang. tp dye ermm

original sound - Yaya NaDia - Yaya NaDia

Ibu suruh duduk diam masa ambil neb, sekali anak boleh selamba menyanyi

Menerusi video yang dimuat naik oleh @yayanadia77, kelihatan budak perempuan itu sedang mengambil neb di sebuah klinik sambil ditemani oleh ibunya.

Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila si ibu menyuruhnya untuk duduk diam dan bertenang semasa rawatan itu dijalankan.

Lebih menghiburkan, si anak pula tiba-tiba menyanyi lagu Tenang Ribut Jiwa yang popular di TikTok baru-baru ini. Gelagatnya membuatkan si ibu tergelak kerana terhibur.

"Sakit-sakit pun lawak. Tenang sangat ni dik haha" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 582.4K tontonan, 37.7K tanda suka serta 932 perkongsian di TikTok.

Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat spontan budak perempuan itu yang lucu. 

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Comel je awak ni dik, tahu cara nak tenangkan diri ya :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: