"Macam Mummy!" - Gelagat Budak Lelaki Samakan Ibu Dengan Haiwan Di Zoo Ini Undang Dekah
Amboi dik, kecik-kecik dah pandai bahan mummy ya!
Apabila tiba hujung minggu, kebanyakan ibu bapa akan membawa anak-anak untuk berseronok di zoo
Selain daripada meluangkan masa bersama anak-anak, mereka juga dapat belajar mengenali banyak haiwan yang jarang dijumpai.
Namun, lain pula yang terjadi dalam sebuah video ini apabila gelagat seorang budak lelaki membahan ibunya sama seperti haiwan telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tengah jalan-jalan, tiba-tiba anak cakap ibu sama macam haiwan dalam zoo
Menerusi video yang dimuat naik oleh @ct_fatihaparlan, kelihatan budak lelaki itu sedang berjalan di dalam zoo bersama ibunya.
Si ibu seronok merakam gelagat anaknya yang teruja melihat haiwan-haiwan di situ. Tetapi, tiba-tiba anaknya menjerit "macam mummy lah haha, macam mummy!".
Apabila ibunya melihat haiwan yang ditunjuk, dia tergelak kerana anaknya sempat membahannya seperti mandrill. "Mummy punyalah comel die boleh samakan dengan natang tu. Bertuah punya anak!" katanya.
"Wah tak rasa bersalah langsung eh dia kata macam mummy tu haha" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 736.4K views, 32K likes dan 1.9K shares di laman TikTok.
Rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat spontan budak lelaki itu yang selamba membahan ibunya depan orang ramai.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Nasib baik dekat zoo tau dik, kalau dekat rumah memang awak dah kena hambat dengan mummy :D
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!