"Siap Package Dengan Yasin" - Tular Wanita Beri Kek Kubur Dekat Suami Curi Tumpuan Ramai
Menarik ni, boleh bagi kesedaran dekat cik abang.
Apabila tiba saja ulang tahun orang tersayang, sudah tentu kita akan merancang kejutan yang bermakna buat mereka betul tak?
Ada yang membuat candle light dinner, ada yang membawa keluarga bercuti dan ada juga yang menyambut secara sederhana dengan memasak makanan kegemaran pasangan saja. Lain orang lain caranya.
Namun, berbeza pula dengan sebuah video tular ini apabila seorang wanita memberikan kek hiasan kubur untuk meraikan hari jadi suaminya.
Lihat video penuh itu di bawah:
Nak suami sentiasa ingat tentang kematian, bagi kek simple tapi maksud mendalam
Menerusi video yang dimuat naik oleh @nachikcikna, kelihatan wanita itu sedang menyambut hari jadi suaminya yang ke-27 tahun.
Apa yang menjadi perhatian adalah apabila kek hari jadi yang diberikan olehnya berbentuk replika kubur dengan buku Yasin. Malah, terdapat juga sebuah kereta berwarna merah di tepi kek itu kerana difahamkan suaminya gemar melakukan aktiviti lumba kereta.
"Selamat hari lahir suami kita yang suka race," tulisnya di kek hari jadi itu.
"Cara halus mat dia buat. Nak tiup kek tu pun fikir banyak kali haha" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 558K views, 54.4K likes dan 1.3K shares di TikTok, rata-rata netizen turut terhibur melihat reaksi suami wanita itu yang pasrah dapat kek bentuk kubur.
Malah, ada juga yang bertanya di mana dia membuat tempahan kek tersebut kerana mereka ingin memberi kepada suami mereka juga.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!