"Buat Macam Kawan" - Selamba Panggil Anwar, Budak Lelaki Ajak PM Selfie Ini Curi Tumpuan
Wah, berani ya dik.
Perdana Menteri Malaysia Ke-10 iaitu Datuk Seri Anwar Ibrahim (DSAI) sering menjadi tumpuan rakyat di mana jua beliau berada
Sikap peribadi beliau yang sangat menyantuni rakyat dan sentiasa sempoi melayan orang ramai membuatkan dirinya disayangi oleh pelbagai kaum di Malaysia.
Baru-baru ini, tular pula sebuah video seorang budak lelaki selamba memanggil DSAI "Anwar" di sebuah masjid telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Nak berebut selfie punya pasal, tak sedar terpanggil PM macam kawan-kawan
Menerusi perkongsian video daripada @qhyrolridzuan, kelihatan DSAI baru saja selesai menunaikan solat di sebuah masjid di Seremban, Negeri Sembilan.
Seperti biasa, setiap kali beliau ingin meninggalkan perkarangan masjid, ramai yang berebut-rebut ingin mengambil gambar dengannya sebagai kenangan.
Namun, apa yang mencuri tumpuan adalah apabila seorang budak lelaki berkopiah putih dilihat selamba memanggil DSAI dengan berkata "Anwar, ambil gambar jap".
Gelagat spontannya itu mencuit hati DSAI dan orang-orang di sekelilingnya. DSAI pula sempoi melayan peminat kecilnya itu dan tersenyum ketika mereka selfie bersama.
"Hahaha dia yang order Anwar. PM pun sempoi je layan kau dik" - Netizen
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 676.2K tontonan, 49.4K tanda suka serta 3.8K perkongsian di TikTok.
Tinjauan di ruangan komen mendapati rata-rata netizen turut terhibur melihat gelagat budak lelaki itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Dengar cerita DSAI pun ada tinggalkan komen untuk adik ni? Beruntung awak dik!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!