seismik

"Menyelam" - Minta Ambilkan Air Dalam Balang, Tak Sangka Member Pergi Celup Kepala Sekali

Buat hal betul kawan tu. Haha.

Cover image via @marksuperr (TikTok)

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Dalam setiap persahabatan, pasti ada di antara kawan kita yang jenis 'masuk air' betul tak?

Walaupun perangai mereka kadang-kadang annoying, tetapi mereka jugalah yang menjadi penghibur hari-hari kita setiap kali lepak bersama.

Sama seperti sebuah video yang tular ini apabila gelagat seorang lelaki tolong cedokkan air balang untuk kawannya telah mengundang tawa ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Minta ambilkan air dalam balang, sekali member buat hal pergi celup kepala sekali

Menerusi perkongsian video daripada @marksuperr, kelihatan geng lelaki itu sedang melepak di belakang sebuah dewan.

Mereka dilihat seperti sedang berehat selepas selesai kerja. Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila seorang lelaki meminta kawannya untuk mengambil secawan air oren di dalam balang berdekatan mereka.

Lebih menghiburkan, kawannya itu dengan selamba mencedok air sambil memasukkan sekali kepalanya ke dalam balang tersebut dan membuatkan kawan-kawan yang lain tergelak.

"Ni kalau dapat kat geng FB habis ni. Member pun haus jugak, senang tak payah pakai cawan haha" - Warganet

Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah meraih 1.5M tontonan, 90.7K tanda suka serta 3.7K perkongsian di laman TikTok.

Rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat selamba lelaki itu bergurau dengan kawannya.

Berikut di bawah merupakan antara komen menarik daripada warganet di TikTok:  

Adoi, member pun selamba je ya minum air tu. Tak apalah, kawan-kawan apa ada hal kan :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: