[VIDEO] Selisih Di Laut China Selatan, Pilot Wanita Ini Kongsi Location Suami Di Udara
Ini baru rare, bukan selisih dekat jalan raya.
Pekerjaan sebagai juruterbang sememangnya menggalas tanggungjawab yang berat kerana membawa beratus nyawa dalam pesawat
Walaupun mempunyai gaji yang lumayan, ia bukanlah pekerjaan yang boleh dipandang remeh. Kebiasaannya, orang lelaki yang ramai jadi pilot.
Tetapi, berbeza pula dengan situasi yang dikongsi oleh seorang pilot wanita ini apabila dia berkongsi momen berselisih dengan suaminya di atas awan telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Fly hari sama dengan suami, sempat rakam kapal terbang dari jauh
Menerusi video yang dimuat naik oleh @msmunirah, kelihatan wanita itu sedang membawa kapal terbang dan lalu di laut China selatan.
Apa yang meraih perhatian ramai adalah apabila dia merakam momen di mana dia berselisih dengan suaminya di udara. Suaminya juga merupakan seorang pilot dan kebetulan mereka terbang pada waktu dan hari yang sama.
"Bukan hari-hari dapat selisih dengan suami di udara. Safe flight hubby," katanya.
"This one rare, haha dia hi husband dia dekat awan gais" - Netizen
Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 2.5M views, 252.6K likes dan 1.8K shares di TikTok, rata-rata netizen turut memberikan pendapat masing-masing mengenai video tersebut. Malah, ramai yang meninggalkan komen lucu dan berseloroh dengan wanita itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!