"Salam Sol" - Cuba Nasib Nak Jadi Suami Puteri Sarah, Ramai Pula Yang Sokong Pemuda Ini
"Sesuai sangat dik!" - Netizen.
Satu Malaysia sudah tahu tentang keretakan rumah tangga antara pelakon Puteri Sarah Liyana dan suaminya Syamsul Yusof sejak beberapa bulan lalu
Pengakuan Syamsul mengenai pernikahannya dengan Ira Kazar telah mencetuskan kemarahan ramai kerana dianggap tidak pandai menjaga hati sang isteri yang sudah makan hati selama empat tahun.
Baru-baru ini, tular pula sebuah video seorang pemuda di TikTok yang cuba untuk menjadi pengganti Syamsul Yusof dengan berniat ingin mengahwini Puteri Sarah telah menjadi bualan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Saja buat video konon nak kahwin dengan Puteri Sarah, tiba-tiba ramai pula yang sokong
Menerusi video yang dimuat naik oleh @arifizo, kelihatan pemuda itu meletakkan gambar Syamsul Yusof pada awal videonya dengan kapsyen "Salam Sol".
Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila dia menyelitkan pula dua keping gambarnya dan berkata "Kenalkan bakal suami Puteri Sarah, aku akan pastikan dia bahagia. Takkan nak biarkan bidadari secantik ni sedih".
Walaupun tujuan video tersebut hanyalah gurauan, namun ramai pula netizen bersetuju dan seolah-olah menyokong pemuda itu menjadi suami Puteri Sarah.
"Semoga gurauan ni jadi kenyataan ya. Harap-harap Sol tengok, biar dia tahu kalau dia lepaskan ramai lagi yang menunggu. Approve!" - Netizen
Ikutan tularnya video berkenaan yang kini telah mencecah 2.2M views, 187.8K likes dan 4.6K shares di TikTok, rata-rata netizen turut menyokong tindakan pemuda itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Netizen pun laju ya buat kerja, sokong je ya. Apa-apa pun, semoga yang baik-baik saja buat Puteri Sarah :)
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!