seismik

"Mesti Admin Dia" - Video Boss Mydin Menari Dengan Staf Di TikTok Ini Curi Tumpuan Ramai

Sempoilah Datuk!

Cover image via @mydinmalaysia (TikTok)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Nama boss besar pasar raya Mydin, Datuk Wira Dr. Ameer Ali Mydin sudah tidak asing lagi dalam kalangan warganet di media sosial

Sikap humble dan sempoinya yang muncul dalam video-video trend di TikTok membuatkan ramai semakin mengenalinya.

Baru-baru ini, tular lagi sebuah video memaparkan dia menari bersama seorang staf Mydin telah mencuri perhatian ramai.

Lihat video penuh itu di bawah:

Menari dengan staf, ramai pula mengusik pasal troli

Menerusi video yang dimuat naik di akaun rasmi TikTok @mydinmalaysia, kelihatan boss Mydin itu sedang memegang troli dan menari bersama staf lelakinya.

Apa yang menghiburkan adalah apabila ramai bertanya sama ada lelaki di sebelahnya itu admin Mydin atau bukan. Hal ini kerana admin Mydin selalu mendapat perhatian para warganet gara-gara gemar bergurau di media sosial.

Bukan itu saja, ramai juga yang berseloroh tentang kondisi troli yang dipegang boss Mydin itu kelihatan baik saja dan tidak ada masalah. Maklumlah, troli Mydin dikatakan selalu rosak dan tidak 'behave'.

"Troli baru lps alignment ke tu, nampak soft handle je haha. Rasa sebelah Dato ni admin tu" - Warganet

Susulan tularnya video berkenaan yang kini telah meraih 490.6K tontonan, 54.3K tanda suka serta 582 perkongsian di TikTok, rata-rata warganet turut terhibur melihat gelagat boss besar Mydin itu.

Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:

Lepas ni nak join trend apa pula Dato? Seronok pula tengok :D

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: