Video Lelaki Travel Ke Tempat Shooting Filem 'My Heart' Ini Buat Ramai Teringin Nak Pergi
Cantiknya tempat dia!
Bagi peminat filem Indonesia, pasti anda tahu filem legend pada tahun 2006 iaitu My Heart bukan?
Filem tersebut menjadi fenomena ketika kebanyakan dari kita yang lahir pada 1990-an dan masih bersekolah.
Lakonan mantap daripada Irwansyah, Acha Septriasa dan Nirina Zubir telah meninggalkan kesan kepada penonton. Malah, lagu popular My Heart juga turut meniti di bibir kita. Tipulah kalau tak hafal kan?
Baru-baru ini, tular pula sebuah video di TikTok memaparkan seorang lelaki bercuti ke lokasi penggambaran filem My Heart telah mencuri tumpuan ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Dari dulu teringin pergi tempat shooting My Heart, tak sangka akhirnya sampai juga
Menerusi video yang dimuat naik oleh @yoggi130, kelihatan lelaki itu menunjukkan beberapa rakaman yang diambilnya di lokasi penggambaran filem berkenaan.
Apa yang menjadi perhatian ramai adalah setiap lokasi tersebut masih sama seperti dulu dan pemandangan di sana sangat tenang dan cantik!
Lokasi itu terletak di Situ Patenggang iaitu di selatan Bandung. Tasik itu sememangnya menjadi tempat para pelancong untuk menikmati nature view sambil menaiki bot.
Lihat video lain di bawah:
"Impian kita semua masa kecil. Dapat tengok video ni pun rasa macam ada dalam film tu balik" - Netizen
Susulan tularnya video itu yang kini telah mencecah 3M tontonan, 402.8K tanda suka serta 4.9K komen di laman TikTok, rata-rata netizen turut terpegun melihat pemandangan di tasik Situ Patenggang yang sangat cantik.
Malah, ramai menyimpan hasrat untuk ke sana juga satu hari nanti. Ada juga yang mengimbau zaman balik dari sekolah dah terpacak depan televisyen sebab nak tengok cerita My Heart itu.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada netizen di TikTok:
Bestnya boleh travel pergi sana! Min pun nak masuk dalam wishlist jugalah tempat ni. Nak rasa vibes My Heart juga :')
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!