Wanita Terjumpa Orang Muka Sama Dengan Arwah Ayah Masa Buat Umrah, Ramai Kongsi Rasa Sebak
SubhanAllah, memang sama muka dia.
Kehilangan orang yang tersayang merupakan saat paling ditakuti oleh setiap manusia
Rindu pada yang telah tiada adalah perkara paling menyeksakan dan membuatkan kita terkesan seumur hidup. Lebih-lebih lagi jika kehilangan ibu atau ayah tercinta.
Kadangkala, kita pasti akan berdoa supaya dapat bertemu dengan mereka semula jika diberi peluang.
Seperti video yang tular baru-baru ini memaparkan kisah seorang wanita yang terjumpa lelaki persis arwah ayahnya di tanah suci Makkah telah menyentuh hati ramai.
Lihat video penuh itu di bawah:
Tak sangka dapat jumpa wajah seiras arwah ayah di tanah suci Makkah
Menerusi video yang dimuat naik oleh @eliaizham, kelihatan wanita itu berkongsi kisahnya yang terjumpa dengan seorang lelaki di Makkah ketika dia menunaikan ibadah umrah.
Apa yang mencuri tumpuan ramai adalah apabila wajah lelaki itu iras arwah ayahnya yang telah meninggal beberapa tahun lalu.
Lebih menyentuh hati, dia sanggup mengejar individu tersebut dan dia turut bersetuju wajahnya sama seperti arwah ayahnya.
"Kalau aku dah shaking weh. Rindu orang dah tak ada tu Allahu, auto nangis" - Warganet
Ketika artikel ini ditulis, video berkenaan telah mendapat 221.6K views, 22K likes dan 1.2K comments di laman TikTok.
Rata-rata warganet turut sebak dan dapat bayangkan bagaimana perasaan wanita itu apabila bertemu dengan seseorang seiras orang yang telah tiada.
Berikut di bawah adalah antara komen menarik daripada warganet di TikTok:
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!