"So Good!" - YouTuber Dari UK Akui Burger Ramly Malaysia Ini Paling Sedap Di Dunia
Burger Ramly memang sedap!
Burger Ramly Malaysia memang terkenal sebagai makanan tempatan yang digemari oleh warga asing dan pelancong apabila berkunjung ke negara kita
Terdapat banyak kedai burger Ramly di tepi jalan membuatkan pelanggan senang untuk mencari ketika sedang lapar.
Malah, restoran Ramly Burger sudah semakin dikenali pelancong dan menjadi setaraf dengan restoran antarabangsa yang lain.
Pada September tahun lalu, personaliti TV Amerika George Motz menjadi viral selepas berkongsi resepi burger Ramly yang lazat di saluran YouTube First We Feast.
Lihat video penuh itu di bawah:
Pertama kali cuba burger Ramly, tak sangka sedap sangat dan itu merupakan burger terbaik dia pernah makan
Menerusi video di YouTube yang berdurasi 13 minit itu, Eli pergi ke Jalan Tun Tan Cheng Lock selepas mendengar Burger Abang Booboo menyajikan burger Ramly terbaik di Kuala Lumpur.
Dia juga bertanya kepada pemilik gerai sudah berapa lama dia menjalankan gerai itu, dan tukang masak itu menjawab bahawa dia telah menjual burger di lokasi tersebut sejak tahun 1990-an lagi.
Eli kemudiannya dengan teruja memesan double cheese burger berharga RM10 dan menjamahnya buat kali pertama.
Apa yang mencuri tumpuan adalah apabila Eli sangat kagum dengan rasa burger itu sehingga dia juga mengesyorkannya kepada orang yang lalu lalang
Dia sempat menerangkan rasa burger Ramly kepada penontonnya, mengatakan bahawa ia mempunyai roti daging lembu yang juicy, sos manis, dan dua roti panggang yang sempurna.
"You've got to get on this man, so good. So, so good," katanya.
Korang selalu order burger apa kalau datang Ramly burger? Min paling favourite burger daging dan benjo!
Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!