seismik

5 Kedai Taco Halal Di Klang Valley Untuk Anda Nikmati Jika Nak Makan Something Crunchy!

Mexican food mode on!

Cover image via @rollomexicanfood (Instagram) & @burgerandtacomy (Instagram)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Jika anda merupakan penggemar makanan Mexican, pasti anda tidak akan melepaskan peluang untuk menikmati taco halal berdekatan anda bukan?

Image via GIPHY

Selain daripada Taco Bell, terdapat banyak lagi kedai taco halal di Kuala Lumpur dan Selangor yang menghidangkan taco rangup serta pelbagai jenis Mexican food untuk anda. Teruja untuk mencubanya?

Jom lihat lima kedai taco halal yang mungkin akan membuatkan anda terliur di bawah:

1. Rollo Mexican Food

Jika anda sedang mencari restoran Mexico halal di Selangor,  Rollo Mexican Food ada di sini! Mereka mempunyai dua cawangan iaitu di Taman Dagang dan Bukit Indah. Selain taco, anda boleh mencuba pelbagai menu seperti burrito, quesadilla, burger ayam dan nachos. Tapi anda wajib cuba taco daging mereka tau, dengar cerita ia sangat rangup!

Facebook | Instagram

2. Los Tacos

Tengok gambar pun dah tahu sedap, Los Tacos pastinya akan menjadi salah satu kedai kegemaran anda kerana taco mereka memang padat dengan isi daging yang sangat juicy! Kedai ini berada di Damansara Utama.

Facebook | Instagram

3. Tacos Kingdom

Menghidangkan makanan ringan yang lazat sejak 2017, Tacos Kingdom terkenal dengan taco rangup dengan harga yang berpatutan. Dengan harga RM2.50 setiap satu, kedai milik Muslim ini menyediakan menu ringkas taco rangup dan burrito. Terdapat tujuh cawangan termasuklah di Melaka dan Ipoh. Kena try ni!

Facebook | Instagram

4. Los Primos El Locos

Terletak di Tasik Seksyen 7 Shah Alam, kedai ini terkenal dengan taco dan quesadilla yang penuh dengan daging dan keju tebal! Sekali makan, pasti nak lagi. Boleh kenyang sampai malam tau, sebab mereka memang tak kedekut dengan isi di dalam taco. Puas hatilah dengan harga yang berbaloi!

Instagram

5. Burger & Taco

Kami akhiri edisi senarai kedai taco halal kali ini dengan Burger & Taco. Dapatkannya di Cyberjaya dengan empat jenis taco termasuk taco daging lembu yang rangup dan taco ayam double lembut!  Mereka juga ada menjual burger daging lembu Australia yang juicy, burger ayam panggang dan kentang goreng yang sedap.

Facebook | Instagram

Peminat taco, korang kena pergi semua kedai di atas ni dan beritahu kami mana yang paling anda suka tau! :D

Image via GIPHY

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: