seismik

Beratur Panjang No Hal! Ini 7 Port Kunafa Viral Yang Ramai Kata Sedap Di KL & Selangor

Terliur dah ni. Tak sabar nak serbu!

Cover image via Al Afif Sweets by I Cook ARABS & @cheffaez (Instagram)

Follow kami di TelegramInstagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Bagi pencinta makanan, sudah pasti anda tidak kisah jika perlu beratur panjang demi mencuba sesuatu yang tengah viral bukan?

Image via giphy.com

Begitulah penangan manisan Arab tradisional iaitu kunafa yang baru-baru ini menjadi perhatian rakyat Malaysia.

Kunafa merupakan pencuci mulut yang diperbuat daripada pastri, keju cheddar dan mozzarella serta ditaburi dengan kacang pistachio dan sirap madu.

Bagi anda yang teringin untuk mencuba kunafa, jom kita tengok antara 7 port kunafa yang ramai recommend di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

1. Kunafa Crisp

Kedai manisan Arab yang terletak di Bukit Bintang sedang viral di media sosial gara-gara penangan video di TikTok. Bukan setakat kunafa, malah pelbagai manisan dari Timur Tengah pun ada tau. Semuanya menarik untuk dicuba! Jangan lupa untuk rasa sekali honey ice cream yang menyegarkan di Kunafa Crisp.

Alamat : 51, Jln Sultan Ismail, Bukit Bintang, 50250 Kuala Lumpur, Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur

Waktu Operasi : 2.00 petang – 2.00 pagi

2. Papa Kanafa

Image via Papa Kanafa

Terletak di Kampung Baru, walaupun kedai mereka agak kecil, namun ramai sanggup beratur panjang demi mencuba kunafa di sini. Merupakan salah satu port kunafa viral di KL, cheesenya buatkan ramai terliur! Manisan seperti baklava dan Turkish Delight pun ada dijual di sini.

Alamat : Kampung Baru, 50300 Kuala Lumpur, Federal Territory of Kuala Lumpur

Waktu Operasi : 5.00 petang – 2.00 pagi

3. Chef Faez

Merupakan owner restoran, Chef Faez terkenal dengan aksinya membuat kunafa di depan pelanggan. Ramai yang singgah ke restorannya untuk saksikan sendiri chef ini flip kunafa dengan penuh gaya! Bukan saja terkenal dengan kunafanya yang gebu dan berkrim, malah Chef Faez turut menawarkan menu lain seperti lamb shank, nasi arab dan pasta. Anda wajib datang ke sini okay!

Alamat : Menara Technip Energies 38, Jalan Inai, Imbi, 55100 Kuala Lumpur

Waktu Operasi : 7.00 pagi – 9.00 malam

4. Habibi Kunafa

Habibi Kunafa adalah antara port kunafa yang menjadi pilihan para pelanggan. Ia mempunyai dua cawangan iaitu di dalam One Utama dan Paradigm Mall. Kedai ini cukup terkenal dalam menawarkan kunafa yang padat dengan keju mozzarella. Tengoklah betapa panjang kejunya bila ditarik!

Alamat : Habibi Kunafa, 1 Utama Shopping Centre (New Wing), Tingkat 2 (dalam food district), Petaling Jaya, Selangor

Alamat : LGK-03A, Paradigm Mall, Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

Waktu Operasi : 10.00 pagi – 10.00 malam

5. Dubai

Restoran Dubai yang terletak di Food Republic, Pavillion ini juga merupakan salah satu port kunafa sedap di KL yang wajib anda kunjungi. Ramai berpendapat kunafa yang disajikan oleh Dubai sangat lazat dan tak terlalu manis.

Alamat : Level 1 Food Republic Pavillion, Jalan Bukit Bintang, 50200 Kuala Lumpur

Waktu Operasi : 10.00 pagi- 10.00 malam

6. Al Afif Sweets by I Cook ARABS

Bagi anda yang berada di sekitar Petaling Jaya, jangan lupa singgah ke I Cook ARABS untuk cuba kunafa mereka. Dibuat khas oleh chef dari Arab dengan resepi asli Syria, mereka turut menawarkan manisan lain seperti aneka baklava dan Basbousa Traditional Arabic Cake yang sukar dijumpai di tempat lain.

Alamat : 18-G Tse Strand Kota Damansara, Jalan PJU 5/20B 47810 Petaling Jaya, Selangor Darul Ehsan

Waktu Operasi : 10.00 pagi-10.00 malam (tutup setiap Isnin)

7. Al-Amar Lebanese Cuisine

Berbeza dengan port kunafa lain, restoran Al-Amar Lebanese Cuisine yang berkonsepkan fine dining ini memberikan anda pengalaman untuk nikmati kunafa dengan cukup selesa. Tak perlu beratur panjang! Kalau nak makan dengan family, bolehlah datang ke sini.

Alamat : Level 6, Pavillion, Kuala Lumpur

Waktu Operasi : 10.00 pagi – 10.00 malam

Wow, banyak juga port menarik untuk makan kunafa dekat KL ni kan? Tunggu apa lagi, peminat cheese dan kunafa jom serbu! :D

Image via giphy.com

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik:

You may be interested in: