seismik

Ini 5 Jenama Botol Susu Berkualiti Agar Si Kecil Minum Dengan Selesa. Dijamin Selamat!

Penting untuk kesihatan bayi juga.

Cover image via Arah Kata & Hello Doktor

Follow kami di Telegram, Instagram dan TikTok SAYS Seismik, jadi antara yang terawal untuk dapatkan berita serta artikel-artikel menarik.

Botol susu adalah salah satu keperluan untuk bayi sejak mereka lahir

Image via theAsianparent

Walaupun ramai para ibu masih mengekalkan penyusuan secara direct kepada anak, penggunaan botol susu juga penting sebagai pengganti sekiranya ibu tidak sempat menyusukan anak setiap masa.

Namun, ibu bapa perlu tahu bahawa pemilihan botol susu juga ada caranya. Bukan boleh beli begitu sahaja. Hal ini kerana tidak semua botol susu diperbuat daripada material yang sama dan belum tentu semua jenama selamat digunakan.

Oleh itu, kami akan kongsikan lima jenama botol susu terbaik dan berkualiti untuk rujukan para ibu bapa di luar sana, khususnya bagi mereka yang bakal menimang cahaya mata pertama.

1. Pigeon PP Wide Neck

Image via Shopee

Produk ini mempunyai pelbagai saiz mengikut usia bayi. Botol susu Pigeon memiliki puting yang lembut dan fleksibel untuk membolehkan pergerakan lidah bayi yang semula jadi dan lancar. Bentuknya juga senang dipegang oleh bayi. Yang paling penting, ia bebas bisphenol A (BPA).

2. Philips Avent

Image via Philips

Philips Avent merupakan jenama yang popular di Malaysia dan sentiasa menjadi pilihan pertama para ibu. Ia direka khas bagi ibu yang mahu menyusu badan dan menggunakan botol susu pada masa yang sama. Bentuk putingnya yang menyerupai puting ibu boleh mengelakkan bayi daripada mengalami nipple confuse. Materialnya juga diperbuat daripada plastik dan bebas BPA.

3. MAM Easy Start Anti-Colic

Hampir 80% ibu di luar sana menggunakan produk ini kerana dapat mengurangkan bayi daripada mengalami kolik dan masalah masuk angin. Ini sudah membuktikan MAM Easy Start Anti-Colic ini antara jenama botol susu yang terbaik dan selamat digunakan.

4. Tommee Tippee

Image via Shopee

Tommee Tippee merupakan pilihan nombor satu pilihan di UK. Reka bentuknya mudah untuk bayi memegang botol dengan baik. Putingnya juga lembut persis puting ibu. Bukan itu saja, produk ini juga dijamin selamat kerana ia adalah anti-colic serta bebas BPA.

5. ComoTomo

Image via Allemom

Salah satu sebab mengapa jenama ComoTomo menjadi botol susu pilihan di Malaysia adalah kerana ia mempunyai ventilasi udara berganda dan tidak bocor bagi mengelakkan kolik. Ia juga selamat dipanaskan dalam microwave, air mendidih, mesin basuh pinggan mangkuk dan pensteril. Bentuknya yang lebar juga memudahkan ibu untuk mencucinya tanpa menggunakan berus.

Semoga perkongsian ini dapat membantu para ibu untuk membuat pilihan botol susu yang tepat :)

Like Facebook, follow Twitter dan Instagram SAYS Seismik serta temui segala cerita 'mesti kongsi' sekarang!

Image via SAYS Seismik

Baca lagi artikel menarik hanya di SAYS Seismik: